Intel Hadir Dengan Kemaskini Spectre Terbaru Untuk Pelbagai CPU Intel Skylake
Masalah kerentanan CPU Spectre dan Meltdown dilihat masih lagi membelenggu sebahagian besar para pengguna komputer di seluruh dunia, dengan Intel memberitahu pengguna-pengguna supaya kemaskini mereka sebelum ini tidak harus dimuat-turun kerana ia memberi masalah baru kepada pengguna-pengguna tersebut.
Baru-baru ini, Intel hadir dengan pengumuman terbaru bahawa kemaskini untuk CPU siri Skylake sudahpun disahkan dan telah dihantar ke rakan-rakan pembina OEM Intel untuk disebarkan kepada pengguna-pengguna komputer dan laptop yang berkaitan.
Menurut blog Intel, siri CPU Intel Skylake yang layak untuk kemaskini ini termasuklah siri Skylake U-, Y-, H- dan S-, dari Celeron hinggalah ke siri Core dan Core-m. Tambahan lagi, kemaskini untuk siri Haswell dan Broadwell juga sedang diuji oleh Intel, tetapi tidak memberitahu bilakah kemaskini-kemaskini tersebut akan hadir untuk dimuat-turun.
Intel menyarankan lagi bahawa apabila kemaskini ini hadir melalui rakan-rakan OEM mereka, mereka patutlah mengemaskini komputer mereka secepat mungkin untuk memperbaiki masalah kerentanan tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EtEPma
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment