Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa Banjir Di Sarawak Terus Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa Banjir Di Sarawak Terus Meningkat



Keadaan banjir di Sarawak hari ini semakin buruk apabila jumlah mangsa yang terjejas meningkat kepada 4,887 orang berbanding 3,435 orang semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar Ismail Mahedin berkata, setakat pukul 8 pagi, kesemua mangsa daripada 1,419 buah keluarga itu ditempatkan di 31 pusat pemindahan sementara yang dibuka di negeri ini.

Menurut beliau, terdapat tujuh bahagian yang terjejas akibat bencana tersebut iaitu Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Limbang. "Kota Samarahan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,857, diikuti Serian (1,564), Bintulu (504), Sibu (388), Mukah (271), Limbang (271) dan Sri Aman (32).

"Buat masa ini, kesemua pusat pemindahan sementara banjir dilaporkan dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ismail memberitahu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melaporkan terdapat 43 buah sekolah terpaksa ditutup akibat banjir. Katanya, penutupan sekolah-sekolah berkenaan melibatkan seramai 5,380 pelajar, 677 guru dan 249 staf sokongan sekolah. "Daripada jumlah itu, 11 sekolah ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan sementara banjir," ujarnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nW7oOV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.