Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misteri Tulang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misteri Tulang



Beberapa serpihan tulang yang tidak diketahui sama ada milik manusia atau haiwan ditemui di ladang sawit di Sungai Gadut, di sini, semalam. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, orang awam menghubungi polis pada jam 11 pagi memberitahu menemui serpihan tulang di ladang berkenaan. 

Katanya, sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi dan tiba tidak lama kemudian. “Kerja pencarian dilakukan dalam radius 50 meter dari lokasi penemuan tulang berkenaan. Buat masa ini, pihak kami belum dapat memastikan sama ada ia milik manusia atau haiwan,” katanya.

Beliau berkata, semua tulang itu dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, untuk dianalisis.

Sementara itu, tinjauan NSTP di lokasi mendapati lebih 20 anggota polis berada di ladang berkenaan bagi menjalankan siasatan. Kerja pencarian yang bermula jam 11 pagi dan berakhir 2 petang turut dibantu Unit Anjing pengesan (K9).

Anggota polis turut dilihat membawa beberapa peralatan menggali seperti cangkul dan parang. Penduduk yang mahu dikenali sebagai Ah Tock, 52, berkata, dia yang minum di restoran berdekatan terkejut apabila pemandu lori mendakwa ada mayat ditemui di kawasan berkenaan.

“Saya bergegas ke lokasi untuk melihat dengan lebih dekat, namun tidak dapat menghampiri kawasan itu untuk mengetahui keadaan sebenar. Sepanjang tinggal di sini, ini kejadian pertama yang berlaku,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nReOnz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.