Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja 17 Tahun Dedah Perbuatan Jijik Anggota JPJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja 17 Tahun Dedah Perbuatan Jijik Anggota JPJ

Remaja 17 Tahun Dedah Perbuatan Jijik Anggota JPJ|Seorang gadis yang merupakan anak saudara kepada seorang datuk mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa menjalani ujian memandu.

Remaja berkenaan, yang berusia 17 tahun mendakwa berdepan perbuatan menjijikkan itu di sebuah institut memandu di Shah Alam pada Rabu, sebelum berkongsi pengalamannya di Insta Story pada hari yang sama sehingga postingnya tular.

Mangsa ketika dihubungi mendedahkan pengalaman tragisnya semasa di dalam kereta untuk menjalani ujian memandu apabila pegawai itu bertanyakan sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki sebelum meminta nombor telefonnya.

Bagi mengelak daripada diganggu, dia memberi alasan telah mempunyai kekasih dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bagaimanapun mangsa yang juga anak kepada seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ itu mendakwa pegawai JPJ tersebut terus menganggunya semasa memandu.

Dakwanya, pegawai tersebut turut bertanyakan soalan tidak senonoh selepas mendapati dia mempunyai tindik di bahagian hidung.

“Dia tanya ‘saya tindik kat bawah tu (alat sulit) sekali ke? Saya cakap ‘pakcik’ tolong berhenti, saya rasa tak selesa’.

“Lepas tu dia tanya ada gambar-gambar seksi tak (untuk) hantar kat dia. Tapi saya kata tak ada dan cuba untuk bertenang sebab tak mahu dia gagalkan (ujian) saya,” katanya.

Bukan setakat itu, pegawai tersebut yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan turut didakwa menunjukkan video seks daripada telefon bimbitnya.

Tambahnya, sambil menunjukkan video berkenaan, pegawai itu mengeluarkan kata-kata berunsurkan lucah.

“Saya rasa nak menangis dan menggeletar. Tapi saya terpaksa bertahan tunggu selepas saya selesai ujian sehingga dia meluluskan saya.

“Malah saya terpaksa beri nombor telefon yang palsu selepas ditanya sekali lagi selepas itu,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu sebelum mengadu kejadian berkenaan kepada bapanya.

Menurut paparan skrin Insta Story yang tular di media sosial, gadis itu mendakwa bahawa pegawai berkenaan telah dibuang kerja serta-merta sebaik bapanya tiba di sekolah memandu tersebut.

mStar Online telah menghubungi pihak JPJ dan sedang menunggu maklum balas pihak berkenaan berhubung dakwaan ini.

The post Remaja 17 Tahun Dedah Perbuatan Jijik Anggota JPJ appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nY9oX0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.