Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kadar Tarif Elektrik Malaysia Ke-4 Paling Murah Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kadar Tarif Elektrik Malaysia Ke-4 Paling Murah Di Dunia




Malaysia kini berada di tangga ke-4 di dunia bagi kadar tarif elektrik terendah selepas Sweden, China dan Taiwan.


Malaysia mengamalkan perjanjian dengan syarikat pembekal tenaga selama 21 tahun, membolehkan pembayaran balik dibuat dalam tempoh yang panjang dengan kadar faedah yang rendah. Ia berbeza dengan negara-negara lain yang tiada perjanjian atau mengamalkan perjanjian singkat hanya lima tahun.


Purata kadar tarif elektrik di Semenanjung ketika ini yang digunakan sejak 1 Januari 2014 ialah 38.53 sen perkilowatt jam (kWh) dan kekal bagi tempoh 3 tahun akan datang bermula 1 Januari lalu hingga 31 Disember 2020.


Nasib baik lah PM Najib berjaya mengambil alih beberapa IPP daripada kroni tok wan. Jika tidak tiap-tiap tahun caj elektrik meningkat.




KISAH ALLAHYARHAM ANI AROPE

TAN SRI DR ANI AROPE DIHORMATI DAN TEGAS. Itulah gambaran terbaik tentang bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Dr. Ani Arope sepanjang bertugas di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dari tahun 1990 hingga 1996.


Menurut seorang bekas kakitangan TNB yang pernah bekerja dengan beliau, apabila Ani mengatakan sesuatu, semua orang ketar lutut dan apabila beliau mengeluarkan arahan, semua kerja pasti dilaksanakan seperti yang dikehendaki.


Walaupun berlatar belakang sebagai ahli pertanian, Ani dipilih menerajui syarikat utiliti elektrik terbesar di Asia Tenggara itu kerana ketokohannya semasa mengetuai syarikat-syarikat GLC yang lain sebelum itu.

Mungkin tidak ramai yang mengingati nama beliau sekarang. Hal ini bukan sesuatu yang pelik kerana beliau bukan seorang tokoh politik tetapi tokoh korporat yang banyak berjasa kepada negara khususnya dalam bidang pertanian.

Ketika beliau mengetuai TNB, Ani berhadapan cabaran besar yang memberikan tamparan kepada syarikat itu, iaitu ketika negara terputus bekalan elektrik pada 29 September 1992 dan 3 Ogos 1996.

Insiden pertama itu paling teruk kerana seluruh Malaysia terputus bekalan elektrik untuk jangka masa yang lama. Ia disebabkan panahan petir pada grid yang melibatkan empat talian kuasa antara Paka dan Teluk Kalong di Terengganu, mengakibatkan 15 stesen kuasa di pantai barat terputus kuasa antara enam jam hingga dua hari.

Rentetan daripada peristiwa itu juga, YTL Power International Berhad iaitu anak syarikat YTL Corporation Berhad telah dianugerahkan lesen penjana tenaga bebas (IPP) pertama negara pada 1993, sekali gus TNB tidak lagi memonopoli perniagaan membekalkan tenaga elektrik.

Selepas insiden itu, Ani sekali lagi berhadapan dengan cabaran apabila seluruh negara terputus bekalan sela­ma 12 jam dan segala urusan terhenti. Seminggu selepas insiden itu, insiden serupa berulang dan kali ini selama 16 jam. Kejadian itu menyebabkan pengilang dan TNB mengalami kerugian kira-kira RM150 juta.

Takdir
Sebagai Pengerusi Eksekutif TNB pada masa itu, sudah tentu Ani tidak dapat mengelak daripada menjadi sasaran kritikan daripada pelbagai pihak yang menerima kesan daripada masalah tersebut.

Marah dengan apa yang berlaku itu, banyak pihak mahu menyaman TNB bagi menuntut ganti rugi. Mereka berpendapat kejadian itu disebabkan kelemahan TNB dan menerima ia sebagai takdir.

Namun, Ani tidak melatah dan bersikap terbuka dalam melayani kemarahan pelanggan-pelanggan TNB. “Kami tidak dapat mengelak daripada disaman oleh orang ramai,” begitulah reaksi Ani ketika berhadapan situasi tersebut.

Awal pagi semalam iaitu kira-kira pukul 5.26 pagi, Ani yang bersara sebagai Pengerusi Eksekutif TNB pada 1996, menutup usia perjalanan hidupnya pada usia 82 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani rawatan penyakit barah prostat yang dihidapinya di Pusat Perubatan Subang Jaya. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Shah Alam. Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak; Sakinah, Dr. Salina dan Ismail, selain anak angkat.

Tokoh yang banyak berjasa kepada negara itu dilahirkan di Kampung Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang pada 17 Mei 1932. Mendapat pendidikan awal di sekolah mubaligh Katolik, Ani kemudian memperoleh Diploma Pertanian dari Kolej Serdang (kini Universiti Putra Malaysia) pada 1955; Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (1960) dari Universiti Canterbury, New Zealand; Sarjana Sains (1966) dari Universiti Vermont, Amerika Syarikat (AS), dan Ijazah Kedoktoran Sains (1974) dari Universiti Ghent, Belgium. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama menerima biasiswa Fulbright iaitu program pertukaran pelajar antarabangsa yang ditaja oleh AS.

Satu perkara menarik tentang Ani ialah beliau boleh bertutur dalam enam bahasa dan dialek iaitu Melayu, Inggeris, Perancis, Hokkien, Jepun dan Tamil. Kebolehan ini diperolehinya kerana rakan-rakan di zaman kanak-kanaknya terdiri daripada Arab, China, Burma (Myanmar), Yahudi, India dan Thai.

Ani juga seorang ulat buku. Beliau pernah berkata, baginya, membaca lebih penting daripada makan. “Membaca memberikan saya pengertian tentang pengalaman orang lain, terutamanya apabila saya membaca biografi orang yang berjaya. Contohnya, Nelson Mandela yang mana selepas 26 tahun dipenjarakan, berjaya memberikan kesan kepada kehidupan rakyat dalam cara yang besar,” katanya yang dipetik The Star pada November 2005.

Sebelum menyertai TNB, Ani pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional, Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad dan Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia. Beliau juga merupakan timbalan pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dari 1969 hingga 1972. Selain itu, Ani pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Institut Teknologi Mara dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Malaysia serta Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia.

Di sebalik ketegasannya, ramai tidak mengetahui bahawa Ani merupakan seorang yang berjiwa penyayang, prihatin dan pemurah. Menurut anak bongsu Allahyarham, Ismail, 42, ayahnya memiliki lebih 50 anak angkat daripada pelbagai latar belakang, keturunan dan kaum.

“Anak angkatnya terlalu ramai sampai ada di luar negara, kami sendiri pun tidak mengetahui berapa ramai. Arwah suka menghulur bantuan terutama dari segi bantuan untuk menyambung pengajian,” katanya seperti dipetik Bernama.

Ani juga dilihat lebih suka menanggung kesakitan seorang diri. Ia jelas apabila beliau merahsiakan penyakit kanser prostat yang dihidapinya daripada pengetahuan keluarga kerana tidak mahu membuatkan mereka risau. Ahli keluarganya hanya mengetahui Ani menghidap penyakit itu apabila ia sudah berada di peringkat keempat pada 2010.

Dalam reaksi ahli keluarga terhadap kepemergian Ani, mereka tenang menerima ketentuan Ilahi. Sakinah berkata: “Ayah telah lama bertarung dengan penyakit kanser. Kami telah jangkakan arwah akan pergi.” Salina yang menetap di Lausanne, Switzerland, dalam mesej WhatsApp kepada Sakinah pula beliau berkata: “Dia telah menjalani terlalu banyak rawatan. Terlalu banyak... Dia seorang askar dan sungguh berani menjalani sebegitu banyak rawatan.” - UTUSAN



KREDIT : http://taipingmali.blogspot.my/2018/02/kadar-tarif-elektrik-negara-ke-4-rendah.html

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BiP9LT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.