Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thailand Laukkan Malaysia! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thailand Laukkan Malaysia!



Skuad badminton lelaki negara tewas kepada Thailand 2-3 pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti di sini semalam. Seperti dijangka pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei menyumbang mata pertama selepas menang mudah ke atas Khosit Phetpradab 21-13, 21-9. 

"Seperti biasa, saya turun sebagai perseorangan pertama sentiasa bersedia untuk sumbangan pertama yang boleh jadi pembakar semangat kepada pasukan negara. Ini merupakan kelayakan Piala Thomas dan merupakan acara berpasukan. Setakat ini semangat berpasukan pemain berada dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita.

Gandingan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2017, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas kepada Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-16, 19-21, 20-22.

Pemain kelahiran Alor Setar, Lee Zii Jia kembali meletakkan Malaysia di hadapan selepas menewaskan Suppanyu Avihingsanon 21-14, 21-12. Thailand kembali menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi pasangan beregu Tinn Isriyanet-Kittisak Namdash yang menewaskan beregu negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 17-21, 11-21.

Perseorangan ketiga negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang diletakkan sandaran turut gagal menyumbang mata berharga negara selepas tewas kepada Kantaphon Wangcharoen 13-21, 14-21. 

Sementara itu, ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek berkata beliau telah menjangkakan saingan sengit akan diberikan oleh Thailand pada perlawanan hari ini. "Kita tidak perlu menyalahkan sesiapa kerana ini adalah acara berpasukan. Memang kita telah menjangkakan saingan sengit daripada Thailand.

"Cuma harapan kita awalnya pada beregu utama untuk dapatkan mata tapi apakan daya, mereka juga sudah cuba sedaya upaya. Iskandar malam ini bermain dengan baik, cuma lawannya bertindak bijak membuatkan Iskandar terus mengejar bulu tangkis hingga dia penat," katanya.

Mengenai pertemuan menentang Myanmar esok, Misbun berkata beliau akan berbincang mengenai pemain perseorangan lelaki yang akan diturunkan esok. Katanya, kemungkinan akan membariskan Soong Joo Vern selaku perseorangan ketiga negara.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nQnLNT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.