Mayat Pun Kau Nak Rogol Ke?
Seorang juruteknik bilik mayat dipecat selepas ujian DNA mendapati dia merogol mayat bintang realiti Russia, Dom-2, yang mati dibunuh. Bekas bintang realiti itu, Oksana Aplekaeva, dibunuh pada 2008 dan mayatnya ditemui seorang pemandu lori di tepi lebuh raya.
Sehingga kini pembunuhnya belum ditangkap, namun selepas memperoleh maklumat baru, polis mengarahkan mayatnya digali semula untuk pemeriksaan lanjut. Menurut Daily Mail, siasatan mendapati Oksana diserang secara seksual selepas kematiannya dan ujian DNA menunjukkan ia dilakukan lelaki dikenali sebagai Alexander, 37.
Alexander masih bekerja di bilik mayat berkenaan sehingga perbuatannya terbongkar baru-baru ini, dan dipaksa meletak jawatan. “Saya tidak boleh menentang sains. Kini, sudah tiga bulan saya masih gagal mendapatkan pekerjaan,” katanya.
Menurutnya, isterinya juga meninggalkannya dan menukar nombor telefon. Alexander bekerja di rumah mayat itu selama 12 tahun dan sepanjang tempoh itu, tiada laporan menunjukkan dia melakukan kesalahan lain, termasuk perbuatan keji terhadap mayat.
Menurut media Russia, Alexander tidak boleh dihukum bagi perbuatannya kerana tiada undang-undang di negara itu yang menjadikannya kesalahan jenayah. Polis juga menegaskan dia tiada kena mengena dengan pembunuhan Oksana.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nVhUpC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment