Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Aku Dapat Perbodohkan Org Yg Mengaku Cerdik.”Pengakuan Seorang Lelaki Yang Muatnaik Video ‘Hantu Wanita Misteri Berkebaya Merah’ Di Tepi Jalan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Aku Dapat Perbodohkan Org Yg Mengaku Cerdik.”Pengakuan Seorang Lelaki Yang Muatnaik Video ‘Hantu Wanita Misteri Berkebaya Merah’ Di Tepi Jalan..



ALOR SETAR: "Aku pakat dengan 3..4 orang member..Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna...Lepas tu..soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja..yg last dok tgh jalan..manakala aku drive kete (kereta) siap camera..rekod sepanjang jalan.."

"Boh tajuk gempak2 sikit..kompom viral..sebab...masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni..so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan org yg mengaku cerdik..hahahaha sekian cerita aku malam ni.."


Itu pengakuan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab merakam dan memuat naik sebuah video "hantu berkebaya merah" di sekitar Kulim yang tular di media sosial sejak semalam.


Berdasarkan mesej yang disebarkan di laman sosial itu, lelaki berkenaan mendakwa memuat naik video tersebut sebagai gurauan bertujuan "memperbodohkan orang ramai yang mengaku cerdik".

Menerusi paparan dalam aplikasi WhatsApp kumpulan 'Taman Bunga Raya Official' itu, lelaki berkenaan mengaku bertanggungjawab merakam video berkenaan dengan tujuan memperbodohkan orang ramai dengan kewujudan hantu berkenaan.


Dia mengaku berpakat dengan tiga hingga empat rakannya supaya mengenakan pakaian baju kebaya yang sama warna di laluan itu.

Dalam video berdurasi 56 saat itu, seorang lelaki dan rakannya kononnya telah merakam visual seorang "wanita berkebaya merah" di tepi jalan ketika melalui Jalan Bukit Lengkok, Kulim awal pagi semalam.

"Hantu" yang sama kelihatan muncul di tiga lokasi berbeza sepanjang jalan itu sebelum tiba-tiba muncul di tengah jalan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa menghentikan kenderaannya.

Video itu telah ditonton lebih 171,000 kali dan dikongsi lebih 3,600 pengguna Facebook.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima oleh pihaknya berkenaan video kejadian berkenaan.


"Kami mendapati video yang dirakam itu lebih kepada perbuatan individu atau kumpulan nakal yang bertujuan untuk menakutkan pengguna jalan raya di kawasan itu terutama di waktu malam.

"Perbuatan ini sama jugalah seperti kes di Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang pada Januari lalu di mana ada kanak-kanak nakal yang sengaja berpakaian seperti 'hantu pocong' untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama kanak-kanak melalui jalan di kawasan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

VIDEO:


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2E8rCen

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.