Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis'
Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store untuk pengguna peranti mudah alih IOS.
"Aplikasi ini memudahkan orang ramai membuat semakan dan pembayaran serta-merta dengan lebih pantas tanpa perlu hadir ke kaunter atau menunggu notis dihantar ke rumah.
"Orang ramai disaran merebut peluang tawaran diskaun yang masih berjalan untuk selesaikan bayaran kompaun sebelum ia berakhir pada 30 Jun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi baharu itu di sini, hari ini.Beliau berkata aplikasi itu akan dipertingkatkan dengan tambahan dua lagi modul iaitu Modul Semakan dan Bayaran Cukai Taksiran serta Modul Semakan dan Bayaran Lesen Perniagaan yang dijangka siap pada Ogos ini.
Mhd Amin berkata aplikasi itu turut menyediakan talian Hotline DBKL serta senarai lokasi Pejabat Kaunter Bayaran yang dihubungkan terus kepada aplikasi pandu arah menerusi 'Waze' dan 'Google Map'.
Katanya, penghasilan aplikasi mudah alih inisiatif kakitangan DBKL itu sekali gus meningkatkan produktiviti, kualiti penyampaian perkhidmatan DBKL serta tahap kepuasan pelanggan.
-- BERNAMA
Sumber Semak, bayar kompaun trafik DBKL guna aplikasi 'DBKL Mobis'
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pSBW5U
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment