Mohon hembuskan aku ke syurga dengan doamu...
Ujar pemilik nama sebenar Mohd Hakim Lokman ini, selera makannya kini sudah mula menurun.
"Assalamualaikum sahabat. Aku jumpa doktor lagi hari ni, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah.
"Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu... Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa untuk mencari peluang terbaik seterusnya.
"Sahabat, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti, kenangan dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai di sini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki," tulisnya.
Bob juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya selama ini selain berpesan kepada pengikutnya untuk mempertahankan agama Islam.
“Sahabat, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dengan doamu jika namaku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz.
“Dan aku berpesan dalam kelemahan... pertahankanlah Islam... kerana itulah benteng terakhir yang aku perjuangkan,” katanya.
Sebelum ini, Bob ditahan di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair pada awal Januari lalu.
Sumber Mohon hembuskan aku ke syurga dengan doamu...
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uDE2LQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment