Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bukan sebab isteri mengamuk suami kerap pergi memancing, ini cerita sebenarnya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bukan sebab isteri mengamuk suami kerap pergi memancing, ini cerita sebenarnya

Viral di media sosial hari ini gambar ngeri kepala seorang lelaki ditetak dengan pisau pemotong daging.
Menurut sebuah laman Facebook, kejadian itu berpunca dari si isteri geram dengan suaminya yang kerap pergi memancing sehingga mengabaikan tanggungjawabnya pada rumah tangga. 
Bagaimanapun, itu bukanlah punca sebenar kejadian yang berlaku.
Lapor Metro, kejadian itu berlaku pada Julai tahun lalu di kediaman pasangan berkenaan di Kampung Cham, Kemboja. 
Touch Channa, 30, dilaporkan bertengkar dengan suaminya, Sim Thea, 30 pada hari kejadian. Gagal mengawal kemarahan, Sim kemudian melibas pakaian isterinya sehingga terkoyak dengan pisau pemotong daging. 
Touch berjaya merampas pisau tersebut dari suaminya dan membaling senjata tajam itu keluar tingkap ke arah sungai berhampiran di belakang rumah mereka. 
Malangnya, pisau tersebut terkena tepat pada kepala jirannya yang juga saudaranya sendiri, Chea Sokkot, 29, yang sedang mengubahsuai botnya di tepi sungai. 
Ekoran kejadian itu, Chea dikejarkan ke hospital dengan pisau pemotong daging yang masih melekat di kepalanya. 


Susulan kejadian itu, polis telah menyiasat pasangan berkenaan sebelum menahan Touch untuk tindakan lanjut. 
Ketua Polis Daerah Kampong Siem, Leftenan Kolonel Ek Pranon, berkata, Touch ditahan kerana menyebabkan kejadian itu berlaku. 
"Suspek berkata dia ketika itu bertengkar dengan suaminya. Suami dia kemudian memotong bajunya dengan pisau tersebut dan dia mengambil pisau itu dan mencampaknya ke sungai di belakang rumah. 
"Malangnya pisau itu terkena pada kepala mangsa yang ketika itu sedang mengubahsuai botnya di Sungai Mekong," katanya. 
Pengarah hospital di daerah itu, Dr Yun Sinath berkata, kecederaan yang dialami mangsa agak serius namun mangsa berada dalam keadaan stabil. 
"Jika pisau itu dikeluarkan serta-merta pada waktu kejadian, ia boleh menyebabkan mangsa meninggal dunia," katanya. 


Sumber Bukan sebab isteri mengamuk suami kerap pergi memancing, ini cerita sebenarnya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pQPPSa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.