Beri Elfira, Sufian ruang: Fara Fauzana
Bagaimanapun, selebriti berusia 38 tahun ini lebih selesa untuk mengambil pendekatan berkecuali.
"Secara peribadi, saya lebih mengenali Elfira. Dah tentunya, saya memberi sokongan moral kepadanya.
"Tapi, dalam situasi itu, kita ada zon yang kalau boleh just give us a space. Jadi, berilah mereka ruang.
"Tapi sebagai sahabat, jangan pula ruang itu dibiarkan senyap sebaliknya berilah kata-kata semangat," katanya pada sesi wawancara FB Live, hari ini.
Sebelum ini, industri hiburan kecoh seketika apabila pertunangan Elfira dengan penyanyi popular, Sufian Suhaimi, putus di tengah jalan.
Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan dijadualkan bernikah pada 23 Mac lalu.
Dalam pada itu, bekas penyampai radio popular ini juga menasihatkan agar jangan cepat menghukum di atas setiap kejadian yang berlaku.
"So, saya pun ambil inisiatif dengan memberi mesej kepadanya untuk memberi kata-kata semangat.
"Sebabnya, kita tak perlu judge atas apa yang berlaku sama ada lelaki atau perempuan yang salah.
"Bukan kita untuk melakukan itu (menghukum) tapi sebenarnya lebih kepada memberikan sokongan," katanya.
Tambahan pula, katanya, situasi Elfira lebih berkisarkan kepada kisah peribadinya.
"Sebenarnya proses ini biasa terjadi kepada masyarakat di luar sana, cumanya status selebriti itu yang buatkan ia jadi lebih 'panas'.
"Jadi, lebih baik kita hanya baca dan ambil iktibar daripadanya," katanya.
Bagaimanapun, bintang filem Jin Notti ini mengakui memahami situasi yang dialami Elfira.
"Orang yang tak melaluinya tak faham. Kakak faham sikitlah (ketawa)," katanya.
Terdahulu, Fara pernah membatalkan perkahwinan dengan jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September 2016.
Sumber Beri Elfira, Sufian ruang: Fara Fauzana
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2pSm3wt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment