Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amuk Pecah Mesin ATM, CDM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amuk Pecah Mesin ATM, CDM


Lelaki diberkas polis selepas dipercayai mengamuk dan memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank di Greentown, Ipoh, tengah malam tadi.

Lelaki berusia 42 tahun itu dicekup sepasukan polis yang menerima aduan mengenai tindakannya membuat khianat di bank terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya menerima panggilan awam 12.30 tengah malam yang mengadu terdapat seorang lelaki sedang memecahkan beberapa mesin ATM dan CDM di bank berkenaan.

"Polis ke lokasi kejadian dan mendapati suspek masih berada dalam bank terbabit serta sedang memecahkan beberapa mesin ATM.

"Suspek kemudian dihampiri dan pegawai polis memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa sebelum menangkap lelaki terbabit," katanya.

Mohd Ali berkata, berlaku pergelutan antara polis dengan suspek susulan lelaki terbabit cuba melarikan diri menyebabkan suspek cedera di kepala.

"Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat enam mesin di bank berkenaan dengan empat daripadanya rosak pada bahagian cermin akibat dipecahkan.

"Tempat duit mesin berkenaan bagaimanapun tidak dipecahkan dan siasatan awal mengsyaki suspek di bawah pengaruh dadah atau alkohol serta ujian saringan air kencing akan dilakukan terhadap lelaki itu," katanya.

Mohd Ali berkata, suspek kini dirawat di hospital kerana cedera dan polis tidak menemui senjata di tempat kejadian.

"Polis percaya suspek memecahkan cermin mesin di bank berkenaan menggunakan botol arak dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DCw9W1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.