Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Kenedy Morie' Ditahan Bantu Siasatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Kenedy Morie' Ditahan Bantu Siasatan


KUCHING: Polis menahan pemilik akaun Facebook 'Kenedy Morie' bagi membantu siasatan berhubung penyebaran satu klip video yang tular melibatkan seorang wanita ditikam dan dipenggal kepalanya oleh lelaki bertopeng dalam media sosial.


Ketua Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan diketuai oleh Insp Norliana Md Faizal pada jam 1.05 petang tadi.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai petani berusia 21 tahun telah ditahan dirumahnya di Rumah Jerugo Kampung Sagu Sebuyau.

"Suspek akan dibawa ke IPD Sri Aman bagi menjalani siasatan selanjutnya." katanya dalam satu kenyataan kepada media disini sebentar tadi.

Polis juga turut merampas telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk membuat penyebaran berita palsu berkenaan yang dikaitkan dengan penemuan kepala tanpa badan di Skait Sri Aman baru-baru ini.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DCKH87

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.