TMJ Hanya Kecewa Dengan Netizen - Hamidin
KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai peletakan jawatan badan induk itu lebih kepada luahan kekecewaan baginda terhadap segelintir netizen yang kerap kali menyalahkan Presiden FAM setiap kali ranking dunia Harimau Malaya jatuh.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, Tunku Ismail tidak perlu meletak jawatan TMsebagai Presiden FAM hanya kerana desakan segelintir netizen itu.
Beliau berkata, banyak kejayaan dicipta Tunku Ismail sepanjang tempoh hampir setahun baginda bergelar Presiden FAM sejak 25 Mac 2017.
"Takkanlah kerana isu ranking, kita rela kehilangan seorang individu yang cukup berwibawa, begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.
"Saya sebenarnya berasa terkejut selepas membaca kenyataan Tunku Mahkota Johor yang menyatakan baginda harus meletak jawatan sebagai Presiden FAM susulan ranking skuad Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga kepada kedudukan ke-178 dunia, petang semalam," katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pjNAGW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment