Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tips TemuJanji Pertama atau First Date - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tips TemuJanji Pertama atau First Date


Assalammualaikum pembaca blog. Hello hello hello. Ok hari ini aku nak sembang sembang sikit tentang tips first date. Simple ja. Ada ke nak pergi temujanji dengan awek malam ini? Pagi ni baru sibuk-sibuk nak geledah google. Aku pernah lalui saat itu. Haha.

Ok kita teruskan dengan tips? Apa akan terjadi waktu first temujanji ini. Awkward sudah semestinya. Aku ni dah lah tak banyak cakap. Macam mana kalau krik krik. Haha. Sebab tu kena bersiap sedia untuk temu janji ini. 

Ok based on my story. Aku kenal wanita ini dah setahun. Tapi, baru ada keberanian nak ajak jumpa waktu dah nak setahun kenal. Gila lah dia start warning, you do the talk. Aku? Ha Ha Ha aku ketawa. 


Terus aku geledah google untuk cari tips. Ye lah dulu-dulu ada juga temu janji. Tapi dulu tu kira macam melepas batuk di tangga. Kali ini biar matang sikit ala-2 .... wei ketandusan idea wei nak taip apa. 

Ok ini tips yang aku guna pakai pada malam kejadian: 

1. Datang On Time ke Tempat Kejadian  .
Kalau boleh datang on time. Jangan buat si dia menunggu. Disini kalau gagal, alaaa, tak tahu nak cakap apa. 

2. Jujur je Dengan Si Dia Kau Nervous. 
Haha. Gila tak nervous. Cuba kau akui yang kau nervous depan si dia. Si dia mesti faham. And si dia pun berhuhu. At least dia tak rasa keseorangan nervous tu. Haha. Tapi dari feedback si dia, si dia tak nampak pun aku nervous on the first date. 


3. Tanya soalan dan tanya tanya jika rasa keadaan terlampau Krik-krik. 
Seriously, first aku jumpa. Waaaaaaa... I'm Freeze but she freeze too. Dua-2 jadi patung jap. Tapi, macam biasa aku lah terpaksa Unfreeze dulu. Bawa pi restaurant. Duduk. Bila time duduk tu, bertanyalah soalan, datang dengan siapa, ok ke kalau makan kat sini, suka ke makan western ke nak pergi tempat lain, tanya je soalan-soalan simple, at least tak krik-krik. Kalau momentum krik-krik tu lama sangat, takut nanti si dia tekan buzzer RED (OUTTT). 

4. Tanya tentang kegemaran mereka.. 
Ini dugaan jugak, dah kenal si dia 1 tahun melalui .... of course dah banyak tahu. Tapi gagah juga nak tanya soalan seperti ... Makanan Kegemaran, Hobi dia, or suka sukan apa. Best kalau kau dengan partner kau berkongsi minat yang sama. Tapi itulah, tak mungkin semua benda nak minat yang sama. Mesti ada minat yang lain-lain. 

5. Say no to Politic. 
Tahu lah takde idea nak sembang apa. Tapi jangan sentuh politik. Nanti tak pasal-pasal dia terbalikkan meja makan tu. Entah-entah dia tu anak YB. 

6. Sedia soalan siap-siap dalam telephone. 
Kadang-kadang memang kita akan ketandusan idea nak cakap ape erk. Haha. Dengan si dia yang nervousnya nampak di mata. Boleh lah bertanya tentang family si dia, ada berapa adik beradik, mak ayah asal mana, dalam family rapat dengan siapa and so on. Tanya dia suka travel kat mana or suka kereta apa or suka shopping dekat mana. 

Last but not least, untuk elak krik-krik di temujanji pertama. It is better for you to watch movie first. Tengok wayang dulu, lepas tengok wayang pergi makan. Time makan tu confirm banyak idea nak sembang apa. Boleh sembang sekali tentang movie yang korang baru tonton tu. 

Macam kes aku, aku pi makan dulu, haha sebab time tu takde cerita best. Ada cerita Wonder je. Kisah seorang budak yang memiliki kecacatan muka dan kisah beliau menghadapi kehidupan harian dengan rupa diri yang serba kekurangan. Dalam wayang, sedih memang sedih, tapi bila dengar orang sebelah menyebelah and orang depan belakang nangis teresak teresak, memang aku dan si dia duk gelak je. 

P/s Kepada si dia yang mungkin membaca blog ini.. Second Date Shall We? Sambil-2 deliver coklet dari langkawi dr anda? Hehe.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amer Jaya Blog

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Iu1spL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.