Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wan Junaidi Umum Berita Gembira Kepada Penduduk Kampung Semilang & Kampung Sekitar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wan Junaidi Umum Berita Gembira Kepada Penduduk Kampung Semilang & Kampung Sekitar


Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertemu penduduk Kampung Beradek di Pusat Khidmat Parlimen P.193 Santubong di sini hari ini.

Perjumpaan tersebut membincangkan mengenai pembinaan jalan penghubung desa antara Kampung Beradek, Kampung Semilang, Kampung Tiang Api, Kampung Beradek Cina, Kampung Sungai Pinang dan Kampung Tanjung Embang.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, perbincangan turut melibatkan permohonan feri di Kampung Tanjung Embang dan status projek Masjid Kampung Semilang yang bakal dibina tidak lama lagi..

Tambahnya, sebuah dewan baharu juga akan dibina di kampung tersebut.

"Saya juga telah meminta orang kampung untuk melihat kontraktor berkebolehan untuk membina dewan tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, beliau telah mengarahkan kajian benteng hakisan laut oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi kawasan tepian pantai di Kampung Tanjung Embang, Kampung Tiang Api dan Kampung Semilang dan Kampung Beradek.

"Kawasan ini kerap menerima pukulan ombak besar sekaligus membinasakan tanaman akibat kesan air masin yang masuk ke kawasan tanaman penduduk kampung," ujarnya.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pk1NU8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.