Bila PM nak saman?
Bila PM nak saman media antarabangsa kaitkan beliau dengan skandal 1MDB?
MALAYSIADATELINE - March 16, 2018 10:25 am
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mahu perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengapa tiada sebarang tindakan saman diambil terhadap media antarabangsa yang melaporkan tentang skandal 1MDB yang dinafikan wujud oleh kerajaan.
Ini kerana tambah beliau, Najib tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan beberapa portal atas talian dalam negara yang mengaitkan beliau dengan skandal 1MDB.
Menurutnya, sejak digemparkan dengan pendedahan Wall Street Journal pada Julai 2015 lalu, Najib pada 5 Julai 2015 dilapor media sedia untuk menyaman akhbar terbabit pada Selasa minggu yang sama.
“Semua media kita pada 5 Julai 2015 melaporkan Najib akan saman WSJ pada hari Selasa. Kabinet Najib juga telah memberi sokongan penuh kepada beliau untuk menyaman WSJ malah setiausaha politiknya juga menganggap dakwaan WSJ itu sebagai ‘jenayah fitnah’.
“Tetapi Selasa demi Selasa berlalu tanpa sebarang tindakan,” kata Nie Ching.
Pendakwaan serius ‘rompakan’ dana berdaulat negara 1MDB itu makin menjadi-jadi apabila beberapa media antarabangsa lain turut membuat pendedahan.
Majalah Tempo baru-baru ini membuat laporan eksklusif 12 muka surat berhubung rampasan kapal mewah Equanimity milik ahli perniagaan Jho Low.
Tempo memuatkan tajuk yang mengaitkan Najib dengan kapal milik Jho Low itu, “Diduga dibeli dengan uang korupsi, kapal Malaysia disita polisi di Bali, pemiliknya orang dekat Perdana Menteri Najib Razak”.
Tambah Teo, kini majalah Economist dan MSNBM secara terang-terangan mendakwa Najib sebagai ‘pencuri’.
“Jika Robert Kuok mahu menyaman (blogger pelarian) Raja Petra kerana memburukkan namanya, mengapa tidak Najib? Seorang yang memimpin 32 juta rakyat Malaysia yang juga (dikatakan) pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia.
“Mengapa beliau enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa jika laporan mereka fitnah dan berniat jahat?” soalnya dipetik Roketkini.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Iychag
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment