Facebook Memperkenalkan Storan Gambar Awanan, Voice Posts Dan Arkib Untuk Stories
Skandal yang melanda Facebook kini semakin dilupakan. Malahan menarik sekali jumlah pengguna laman media sosial nombor satu dunia ini tidak terjejas pasca skandal Cambridge Analytica. Semalam mereka melancarkan tiga fungsi baru pada aplikasi peranti pintar mereka iaitu storan gambar secara awanan, Voice Posts dan arkib untuk Stories.
Apabila gambar diambil menggunakan aplikasi kamera Facebook, terdapat pilihan untuk memuat naik terus ke storan awanan Facebook Camera. Penggunaan kemudian boleh memilih gambar mana yang ingin dipaparkan pada akaun mereka. Facebok tidak boleh berkongsi berapakah saiz storan yang diberikan kepada pengguna buat masa ini. Gambar storan awanan ini hanya boleh dilihat oleh pemilik akaun.
Kedua ialah Voice Posts yang membolehkan pengguna memuat naik audio dalam bentuk mesej. Ini berguna bagi mereka yang mungkin tidak tahu menulis atau sukar untuk mengeja menggunakan papan kekunci bahasa ibunda mereka.
Akhir sekali ialah fungsi arkib untuk Stories. Pengguna boleh menyimpan Stories pilihan untuk ditatap selama-lamanya. Oleh itu stories bersejarah tidak akan terpadam selepas beberapa ketika.
Buat masa ini kesemua fungsi ini dilancarkan di India terlebih dahulu dengan perancangan memberikannya kepada pengguna global dalam masa beberapa minggu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Ks0s5R
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment