Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Puas Menangis Berbulan-Bulan, Saya Maafkan Mereka Yang Mencaci Maki Tanpa Tahu Keadaan Sebenar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Puas Menangis Berbulan-Bulan, Saya Maafkan Mereka Yang Mencaci Maki Tanpa Tahu Keadaan Sebenar

Pelakon Izreen Azminda, 33, mengaku sudah mengosongkan hati dan jiwa dengan memaafkan netizen yang selama ini mengecam serta mencacinya.

Hampir enam bulan berdepan kecaman teruk selepas menikahi pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, Izreen mengaku dia kini lebih bersabar.

“Kesannya cukup dalam, walaupun kontroversi bukan cerita baharu dalam hidup saya. Inilah kontroversi yang paling buruk pernah dilalui, saya puas menangis berbulan-bulan.

“Bagaimanapun, saya ikut nasihat ibu. Saya memaafkan mereka yang mencaci maki tanpa tahu keadaan sebenar walaupun hati saya benar-benar terguris.

“Saya rasa lebih tenang dan bahagia memaafkan mereka yang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya terhadap saya dan suami,” katanya di sini, hari ini.

Izreen yang ditemui selepas majlis pelancaran produk Magika Argan Cleansing Flakes di Taman Melawati, berkata dia bersyukur masih diberi rezeki biarpun mendakwa ada pihak cuba mencurahkan pasir dalam periuk nasinya.

Mengenai perlantikan dirinya sebagai duta produk terbabit yang dilihat cuba mengambil kesempatan terhadap kontroversi tercetus, Izreen berkata:

“Saya bertanya banyak kali kepada pengasasnya, Azura Baharudin. Ini kerana saya tidak mahu kontroversi memberi kesan kepada perniagaan mereka.

“Namun, syarikat terbabit menekankan kontroversi sudah pun berlalu, hidup perlu diteruskan. Saya tidak pernah menganggap mereka mengambil kesempatan ke atas kontroversi saya untuk melariskan produk,” katanya.

Sebaliknya, Izreen percaya biar apa pun kontroversi melanda, andai produk yang ditawarkan bagus, ia tetap mendapat kepercayaan pengguna.

“Saya pinta kontroversi berhubung kisah saya diletakkan ketepi mulai sekarang,” katanya yang turut ditemani Ude pada majlis itu.

Sumber: BH Online

The post Saya Puas Menangis Berbulan-Bulan, Saya Maafkan Mereka Yang Mencaci Maki Tanpa Tahu Keadaan Sebenar appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2k4CvGB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.