Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akaun Dianggap Tidak Aktif, Jangan Lupa Kemaskini Akaun Tabung Haji Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akaun Dianggap Tidak Aktif, Jangan Lupa Kemaskini Akaun Tabung Haji Anda

Lembaga Tabung Haji (TH) pada 30 Mei yang lalu telah mengeluarkan satu siaran akhbar untuk mengingatkan pendeposit TH mengenai keaktifan akaun yang dimiliki mereka.

Melalui kenyataan yang sama, TH menegaskan bermula 9 Jun ini, akaun pendeposit TH yang tidak aktif dalam tempoh 7 tahun akan dipindahkan ke kumpulan ‘Akaun Tidak Aktif’. Selain itu, bagi pendeposit TH yang akaunnya dipindahkan ke Akaun Tidak Aktif, mereka TIDAK akan menerima agihan Hibah tahunan ataupun Hibah Haji mulai tahun 2018.

”Inisiatif pengelasan ‘Akaun Tidak Aktif’ ini sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan,” kata kenyataan itu.

Pihak TH dalam pada itu memberitahu bahawa mereka hingga kini mereka telah mengenal pasti hampir 500 ribu akaun pendopesit TH yang tidak aktif, membabitkan simpanan sebanyak RM 62.8 juta.

”Para pendeposit boleh mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi atas talian rakan strategik TH – Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank; dan membuat urusan simpanan di pelbagai saluran Ejen Kutipan TH sebelum 8 Jun 2018 di seluruh negara,” berdasarkan petikan kenyataan media itu lagi.

TH pada masa yang sama turut meminta pendeposit TH untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka bagi memudahkan urusan TH untuk menghubungi pendeposit dalam hal-hal melibatkan tawaran menunaikan haji dan pengurusan harta oleh waris.

Sekiranya pihak TH gagal menghubungi pendeposit TH akibat maklumat peribadi yang tidak dikemaskini, mereka berkemungkinan boleh terlepas giliran haji dan perlu menunggu tawaran seterusnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) TH di 03-6207 1919.

Sumber: Lembaga Tabung Haji

The post Akaun Dianggap Tidak Aktif, Jangan Lupa Kemaskini Akaun Tabung Haji Anda appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2kSgCuk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.