Hi! Welcome Back and Stay Tune! remaja kelar leher sediri guna gergaji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

remaja kelar leher sediri guna gergaji

remaja kelar leher sediri guna gergaji|Gara-gara dihalang mengikuti aktiviti Jemaah Tabligh oleh ibu bapanya, seorang pemuda maut selepas dipercayai mengelar dirinya menggunakan sebilah gergaji di Taman Nuri, Batu 7 di sini lewat malam semalam.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 19 tahun ditemui bapanya dalam keadaan menyayat hati dan berlumuran darah di bahagian belakang dapur kediaman terbabit.

Hasil pemeriksaan terhadap fizikalnya mendapati mangsa cedera parah pada bahagian leher dan badan akibat dikelar dengan gergaji sepanjang 30 sentimeter.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, sebelum insiden mangsa dikatakan mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu selepas ibu dan bapanya melarang dia mengikuti aktiviti tabligh.

Dimaklumkan, mangsa merupakan salah seorang anggota Jemaah Tabligh yang aktif di sekitar daerah Sandakan.

“Hasil siasatan awal turut mendapati semalam mangsa telah dibawa ke Lapangan Terbang Sandakan untuk dihantar ke Kuala Lumpur untuk bekerja tetapi mangsa enggan dan terus pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, selepas pulang lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi dan tidak mahu berbual sehingga dia dijumpai terbaring dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah sambil tangan kirinya masih memegang sebilah gergaji yang terletak pada bahagian dada,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah Mohd. Azhar, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan luka mahupun pergelutan.

Mangsa seterusnya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Duchess of Kent dekat sini untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

The post remaja kelar leher sediri guna gergaji appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JAoIWx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.