Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah Sebab Kucing Makan Anaknya Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah Sebab Kucing Makan Anaknya Sendiri

Keadaan stres mampu membuat ibu kucing tidak waras (macam meroyan) dengan mencederakan anaknya sendiri. Bunyi yang terlalu kuat seperti renovate rumah, radio, bunyi yang datang dari kedai memperbaiki kereta, atau speaker yang kuat.

Kehadiran kucing-kucing yang lain terutama kucing yang mengalami kitaran keinginan mengawan (heat cycle) boleh menyumbang keadaan stres kepada ibu kucing yang baru sahaja melahirkan.

Seharusnya mereka di tempatkan di tempat yang agak sunyi dan sedikit gelap seperti di dalam kotak, di dalam bilik atau di bawah katil di mana mereka tidak mudah diganggu. Baca lagi penyebab-penyebab kenapa kucing makan anaknya sendiri berikut ini.

Deria bau

Kadang-kadang kita terlalu mengawal kucing yang baru lepas melahirkan. Anak kucing yang baru lahir sebenarnya tidak digalakkan kita, manusia, kerap memegang atau membelai mereka. Ini adalah kerana ibu kucing mempunyai sifat ‘melindungi’ (protective) terhadap anak-anaknya. Deria bau mereka boleh mengesan perbezaan bau anak-anaknya dengan bau yang asing, yang diibaratkan mengancam nyawa anak-anaknya yang lain dan seterusnya boleh bertindak ‘membunuh’ anaknya yang berbau lain.

Tidak cukup zat

Ibu kucing sebenarnya boleh mengesan anak-anaknya yang lemah dan tidak mampu berjuang untuk hidup. Mereka bertindak membunuh anak tersebut kerana memberi peluang anak2nya yang lain hidup lebih baik kerana tidak perlu berkongsi susu dgn anak yang sakit; atau ibu kucing itu sendiri tidak mempunyai zat yang cukup, lapar dan kurang susu untuk diberikan kepada anaknya yang bersaiz besar atau, anak yang ramai atau tidak berupaya melindungi anaknya yang sihat.

Takut dan dalam usia muda

Terdapat teori yang menyatakan ibu kucing yang berusia muda terutama yang baru mencapai kematangan kali pertama (1st heat) gagal mengawal emosi takut menghadapi pengalaman melahirkan dan menyusukan anak. Teori ini agak sukar diterima oleh pemilik kucing dan menjadi penyebab terakhir mengapa ibu kucing makan anaknya sendiri. Ini adalah kerana pemilik kucing itu sendiri menerima tamparan dan dipersalahkan kerana gagal memandulkan atau cuai menjaga kucingnya.

Tergugat

Teori ini dikatakan berlaku pada kucing jantan yang dominan. Kucing jantan berupaya menghidu bukan sahaja pada kucing dewasa tetapi jugak pada anak kucing yang boleh menjadi rival atau musuh kepadanya.

The post Inilah Sebab Kucing Makan Anaknya Sendiri appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2sNoktf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.