Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Catat Pendapatan RM12.88 Bilion Untuk S1 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Catat Pendapatan RM12.88 Bilion Untuk S1 2018

Prestasi konsisten walaupun pasaran maju mengalami penurunan

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melaporkan peningkatan pendapatan pelaburan kepada RM12.88 bilion dalam suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2018 (S1 2018), naik sebanyak 9.20 peratus daripada RM11.79 bilion untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, “Walaupun pasaran maju mengalami penurunan dalam S1 2018 berikutan kadar inflasi di Amerika Syarikat yang lebih tinggi daripada dijangkakan, KWSP mampu mencatatkan prestasi konsisten dalam suku tahun tersebut, didorong oleh pasaran domestik dan ASEAN yang telah mencatatkan pertumbuhan positif.

“Ditambah dengan diversifikasi dalam pelbagai pasaran, geografi dan sektor, kami telah dapat mengurangkan impak akibat kejatuhan dalam ekuiti pasaran maju, seterusnya membolehkan kami untuk mengekalkan prestasi yang konsisten untuk kesemua portfolio, di mana ekuiti domestik merekodkan prestasi yang lebih baik berbanding kelas aset lain.

Dalam S1 2018, Ekuiti, yang merangkumi 41.59 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan KWSP, telah menyumbang RM7.93 bilion, mewakili 61.58 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan dalam suku tahun tersebut.

Sebanyak 50.53 peratus aset pelaburan KWSP dilaburkan dalam instrumen pendapatan tetap yang terus memberikan aliran pendapatan yang konsisten dan stabil. Suku tahun pertama melihat instrumen pendapatan tetap mencatatkan pendapatan sebanyak RM4.76 bilion, bersamaan dengan 36.99 peratus daripada pendapatan pelaburan suku tahunan.

Pendapatan dari Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Bon Sama Taraf meningkat kepada RM2.24 bilion dalam S1 2018. Pinjaman dan Bon menjana pendapatan pelaburan sebanyak RM2.52 bilion manakala pelaburan dalam Instrumen Pasaran Wang, yang mewakili 2.91 peratus daripada keseluruhan aset pelaburan, telah menyumbang RM292.91 juta kepada pendapatan pelaburan.

Dalam suku tahun yang dikaji, Hartanah dan Infrastruktur mencatatkan pendapatan pelaburan negatif sebanyak RM107.38 juta. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan nilai mata wang USD berbanding mata wang utama yang lain, termasuk Ringgit Malaysia, yang telah memberi kesan terhadap pelaburan tersebut. Pendapatan pelaburan negatif yang direkodkan bagi kelas aset tersebut bagaimanapun dijangka akan diimbangi oleh aliran masuk pendapatan pelaburan pada suku-suku tahun yang akan datang.

Nilai aset pelaburan KWSP mencecah RM814.38 bilion, naik 0.53 peratus atau RM4.25 bilion daripada 31 Disember 2017. Daripada jumlah keseluruhan aset pelaburan, RM321.05 bilion, atau 39.42 peratus, dilaburkan dalam aset patuh Syariah manakala selainnya dilaburkan dalam portfolio konvensional.

Sebanyak RM1.22 bilion daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar RM12.88 bilion dijana untuk Simpanan Shariah, manakala RM11.65 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional. Simpanan Shariah memperoleh pendapatannya hanya melalui bahagian aset patuh Syariah manakala pendapatan untuk Simpanan Konvensional dijana oleh bahagian aset patuh Syariah dan juga aset konvensional.

Selaras dengan pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018, akan terdapat beberapa perubahan dalam amalan pelaporan kewangan KWSP. 

Datuk Shahril berkata, “KWSP sentiasa mengamalkan piawaian yang terkini. Sewajarnya, keuntungan modal atas pelupusan ekuiti berjumlah RM6.19 bilion akan disalurkan kepada keuntungan terkumpul daripada Penyata Pendapatan Komprehensif Lain dan bukan kepada Penyata Untung Rugi seperti amalan MFRS 139 sebelumnya. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan kesan MFRS 9 terhadap kewangan kami adalah minima.”

Tambahan lagi, di bawah MFRS9, KWSP tidak akan lagi mengiktiraf apa-apa rosot nilai ke atas pegangan ekuitinya.

Setakat akhir Mac 2018, pelaburan asing KWSP, yang merangkumi 27.30 peratus daripada aset pelaburan keseluruhan, telah menyumbang 33.60 peratus kepada jumlah pendapatan pelaburan dalam suku tahun yang dikaji.

“Prestasi pasaran global pada suku tahun semasa dan sehingga akhir tahun ini dijangka tidak menentu dan kami akan kekal berwaspada berikutan kenaikan kadar faedah secara agresif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat,” kata Datuk Shahril.

“Tekanan dan kelemahan perniagaan global yang semakin meningkat di kalangan negara baru muncul telah mengancam semua pasaran, dan oleh itu, kami lebih waspada terhadap jangkaan pulangan untuk tahun ini. Di peringkat domestik pula, kami mengekalkan unjuran positif jangka panjang kerana asas ekonomi Malaysia tetap kukuh meskipun mengalami ketidaktentuan jangka pendek selepas pilihanraya baru-baru ini.” 

S1 2018 Statistik (Pelaburan)-Pendapatan

S1 2018 Statistik (Pelaburan)-Carta aset

S1 2018 Statistik (Pelaburan)-Jadual Aset

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2kRI8ID

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.