Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang didakwa telah melarikan diri ke Indonesia, menyuarakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. 
Dalam kenyataan Jamal yang dimuat naik di laman Facebook UMNO itu berkata, adalah menjadi hasratnya untuk membina semula 'semangat perjuangan' UMNO yang telah ditolak pengundi. 
"Selepas menerima pandangan dan sokongan serta nasihat rakan-rakan seperjuangan, saya Jamal Md Yunos menawarkan diri bertanding sebagai calon untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2018-2021. 
"Tujuan saya menawarkan diri adalah untuk membina kembali semangat perjuangan kepada semua ahli-ahli UMNO seluruh Malaysia terutama kepada pemuda untuk bersama meneruskan perjuangan ini. 
"Marilah kita bersama-sama bangkit demi semangat perjuangan suci untuk membantu mendapatkan kembali sokongan dan kepercayaan rakyat," kata Jamal yang kini masih tidak diketahui hilang entah ke mana. 
Juga berminat bertanding jawatan itu adalah, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Naib Ketua Pemuda sekarang Khairul Azwan Harun atau Azwan Bro. 
Nama Jamal sudah tidak asing lagi apabila dia seringkali tampil untuk 'menyerang' Kerajaan Negeri Selangor yang di era kepimpinan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat di negeri itu. 
Dalam kes terkini, Jamal melarikan diri dari jaminan ketika dia disiasat berhubung dengan dakwaan kesalahan jenayah. Kali terakhir Jamal membuat kemunculan ialah melalui satu klip video yang dirakam dalam kebun kelapa sawit mendakwa ada pihak tertentu yang merancang mahu membalas dendam terhadapnya. 


Bagaimanapun dakwaannya itu tidak diendahkan dan polis telah mendapatkan waran tangkap untuk menangkap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu. 
Sementara itu, netizen di media sosial meminta Jamal melupakan hasratnya itu  berikutan statusnya sebagai individu yang amat dikehendaki oleh polis. 


Sumber 'Saya tawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO' - Jamal Yunos

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JiUyI8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.