Algeria Akan Mematikan Internet Ketika Musim Peperiksaan Bagi Mengelakkan Penipuan
Internet membolehkan ilmu diakses di hujung jari dengan cukup mudah. Memeriksa fakta boleh dilakukan sepantas kelajuan internet yang digunakan. Ia kini dianggap sebagai antara hak asasi manusia dan adalah perlu bagi memudahkan kehidupan seharian. Jadi agak mengejutkan Algeria akan mematikan akses internet selama sejam secara berperingkat dari 20 hingga 25 Jun hadapan.
Tindakan drastik ini dilakukan bagi mengelakkan penipuan dilakukan ketika peperiksaan sedang berlangsung. Pada tahun 2016 soalan peperiksaan sekolah menengah tertiris ke atas talian. Jadi bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang, sambungan internet secara selular dan berwayar akan dimatikan. Sambungan internet di 11 kawasan seluruh Algeria akan dimatikan secara bergilir-gilir.
Selain daripada itu telefon pintar diharamkan dari dibawa oleh pelajar dan guru ke dalam dewan peperiksaan. Alat pengesan logam akan diletakkan pada pintu masuk dewan bagi memastikan penipuan tidak dapat dilakukan. Ini mungkin yang agak drastik untuk menghalang penipuan. Tetapi pelajar kini lebih bijak dan menipu dengan membawa “toyol” kertas sudah berevolusi kepada penipuan menggunakan peranti elektronik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MciuKe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment