Harga minyak kelapa sawit terus menyusut... ini pandangan Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan Pakatan Harapan menggantung cukai terhadap eksport minyak kelapa sawit sehingga penghujung tahun ini atau sekurang-kurangnya sehingga harga dan permintaan pasaran kembali pulih.
Najib berkata, pada Khamis lalu harga minyak sawit mentah menyusut bagi hari kesembilan berturut-turut dengan harga kini adalah RM2,300 setiap tan.
Katanya, turut dilaporkan eksport minyak kelapa sawit bagi 10 hari pertama bulan Jun jatuh sehingga 20 peratus berbanding tahun lalu.
“Salah satu faktor kepada kejatuhan ini adalah ekoran tindakan kerajaan mengenakan cukai lima peratus terhadap eksport minyak kelapa sawit dan penganalisis pasaran berkata ia adalah faktor utama penyusutan permintaan dan penurunan harga.
“Cukai eksport ini diteruskan pada lima peratus pada bulan Julai dan seterusnya,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.
Menurut Najib, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah menggantung cukai berkenaan bagi empat bulan pertama tahun ini dalam memastikan pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dan pasaran minyak kelapa sawit Malaysia terus berdaya saing dan kompetitif di pasaran antarabangsa.-18/6/2018
Sumber Harga minyak kelapa sawit terus menyusut... ini pandangan Najib
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2txMMPK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment