Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lahir Tanpa Alat Kelamin, Perempuan Ini Jalani Pembedahan Buat Miss V Dengan Kulit Ikan Tilapia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lahir Tanpa Alat Kelamin, Perempuan Ini Jalani Pembedahan Buat Miss V Dengan Kulit Ikan Tilapia

Alat kelamin adalah satu organ tubuh manusia yang memainkan peranan penting dalam sistem pembiakan. Bayangkan apa yang akan berlaku jika seseorang hidup tanpa alat kelamin? Inilah yang terjadi pada seorang wanita bernama Jucilene Marinho.

Wanita berasal dari Brazil ini dilahirkan tanpa Miss V. Keadaan ini hanya disedarinya ketika Jucile berumur 15 tahun memetik laman Boldsky. Pada mulanya dia terkejut kerana tidak mempunyai akil baligh biasa seperti kawan-kawannya. Tidak pernah mengalami haid walaupun kekejangan perut.

Rasa terkejut dengan keadaannya, Jucilene kemudian berunding dengan doktor. Dari hasil perundingan diketahui jika dia mempunyai Mayer-Rokitansky-Küster-Hause (MRKH), satu keadaan di mana seorang wanita tidak mempunyai serviks, rahim, atau ovari. Dengan cara itu dia tidak boleh mempunyai anak.

Walau bagaimanapun, Jucilene masih tetap boleh merasakan kehidupan seksual. Pengembangan sains dan teknologi membolehkan keadaan ini dapat diatasi dengan cara neovaginoplasti, satu proses untuk mencipta Miss V menggunakan cetakan berbentuk kelamin diperbuat dari kulit ikan tilapia air tawar.

Kulit ikan digunakan dalam proses ini kerana boleh diserap oleh tubuh manusia dan bertindak seperti lapisan Miss V. Kulit ikan mengandungi banyak wap air dan kaya kolagen sehingga mendorong penyembuhan atau mengembalikan bentuk seperti sedia kala. Kulit ikan yang digunakan bukanlah sembarangan.

Semua sisik dan aroma kulit ikan perlu dihilangkan terlebih dahulu untuk meninggalkan balutan gel. Balutan gel ini kemudian disimpan di dalam peti sejuk dan dibungkus secara steril. Salah seorang doktor yang terlibat dalam operasi membuat Miss V menceritakan prosesnya.

“Untuk membuat alat kelamin baru pada wanita, kami akan memasukkan cetakan akrilik dalam bentuk asalnya dan disalut dengan kulit tilapia ke dalam ruang antara pundi kencing dan rektum,” kata doktor.

Jucilene bukan yang pertama menjalani operasi itu. Terdahulu terdapat 3 orang lain. Selepas pembedahan, dia terpaksa menjalani tempoh pemulihan selama 4 minggu di hospital. Walaupun begitu, wanita berusia 23 tahun itu gembira dengan hasilnya.

“Adalah baik untuk mempunyai sesuatu yang majoriti wanita anggap normal,” katanya.

The post Lahir Tanpa Alat Kelamin, Perempuan Ini Jalani Pembedahan Buat Miss V Dengan Kulit Ikan Tilapia appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KaUuq5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.