Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyejuk CPU Cooler Master MasterAir MA620P Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM179 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyejuk CPU Cooler Master MasterAir MA620P Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM179

Penyejuk CPU jenis cecair mungkin menjadi semakin popular di kalangan pembina PC desktop kebelakangan ini, tetapi penyejuk kipas biasa masih boleh digunakan dengan cekap, terutama sekali jika anda ingin mengurangkan belanja membina komputer.

Cooler Master baru-baru ini memperkenalkan penyejuk CPU Cooler Master MasterAir MA620P, sebuah penyejuk CPU udara yang menggunakan sistem twin tower, menggunakan dua penyerap haba menggunakan teknologi CDC 2.0 (Continuous Direct Contact Technology 2.0) yang hadir dengan dua “menara” sirip penyejuk dengan enam paip haba yang menjanjikan penyerapan haba sebanyak 45 peratus lebih cekap berbanding dengan penyejuk CPU udara yang lain.

Penyejuk MasterAir MA620AP ini menggunakan dua buah kipas MasterFan MF120R yang juga boleh ditambah kipas ketiga jika perlu. Setiap kipas MasterFan MF120R ini jug hadir dengan lampu RGB yang boleh menyokong sistem penyalaan RGB dari ASUS, ASRock, GIGABYTE dan MSI.

Tidak kira jika anda membina komputer menggunakan CPU dan papan induk untuk sistem AMD ataupun Intel, penyejuk CPU MasterAir MA620AP ini boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Ia kini boleh dibeli di kedai-kedai komputer tempatan untuk RM179.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tqBFrW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.