Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu dan adik teruja belanja baju raya sebelum maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu dan adik teruja belanja baju raya sebelum maut

Ibu dan adik teruja belanja baju raya sebelum maut|SAYA cuba bantu ibu yang ketika itu tersepit pada besi penghadang jalan yang menembusi kereta, namun gagal.” Begitu kata Mohd Shahrul Ikhram Mazlan, 20, pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 161.3, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Maran, Pahang, semalam.

Kejadian berlaku pada 8.30 pagi itu mengorbankan ibunya Azian Abdullah, 50, dan adiknya Fatin Najwa, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohamad Danish Najmi, 10.

Mohd Shahrul Ikhram berkata, ketika itu dia baru dua minit berbual dengan ibunya sebelum tiba-tiba terdengar bunyi letupan lalu kereta mereka terbabit kemalangan.

Menurutnya, dia yang memandu kenderaan dinaiki mereka sekeluarga terkilan dan sedih kerana gagal menyelamatkan ahli keluarganya itu.

Katanya, sebelum tragedi ibu dan adik-adiknya teruja berbelanja baju raya sepanjang berada di Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu, sebelum bertolak pulang pada 1 pagi hari kejadian.

“Kami sekeluarga tiba di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, kira-kira jam 3 pagi (semalam) dan sempat bersahur di situ.

“Selepas bersahur kami semua menunaikan solat Subuh dan menyambung tidur di dalam kereta sehingga jam 8 pagi. Saya memandu menyambung perjalanan ke Kemaman.

“Ketika memandu, ibu tiba-tiba terjaga dan bertanya kami di mana, dan saya jawab kita di Maran sebelum ibu kembali menyambung tidur,” katanya.

Menurutnya, dia yang hanya cedera ringan tidak memandu dengan laju kerana teringat pesanan ibu supaya memandu perlahan.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta tiba-tiba tersasar ke tepi dan sebaik tersedar dia mendapati sudah merempuh penghadang jalan.

The post Ibu dan adik teruja belanja baju raya sebelum maut appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LlNlDD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.