Remaja Hamil Ditinggal Kekasih
MALANG bagi remaja perempuan berusia 14 tahun selepas ditinggalkan teman lelakinya sejurus mengetahui remaja itu hamil. Sumber berkata, berang dengan perbuatan lelaki berusia 20 tahun itu melarikan diri, keluarga remaja berkenaan bertindak membuat laporan polis bagi mengesan individu terbabit.
Difahamkan, ibu bapa mangsa menganggap lelaki warga Indonesia itu sebagai ‘menantu’, namun tidak menyangka lelaki itu tergamak meninggalkan anak perempuan mereka.
“Berdasarkan laporan polis, lelaki berkenaan tinggal bersama keluarga itu sejak setahun lalu, malah sudah dianggap sebagai ‘menantu’ mereka. Namun, ibu bapa remaja itu tidak menyangka lelaki berkenaan melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selepas mengetahui gadis itu hamil,” katanya.
Sumber itu berkata, ahli keluarga gadis terbabit turut berusaha mencari lelaki berkenaan, namun menemui jalan buntu. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jwf5rM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment