Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung, Micron Dan Hynix Mungkin Disaman Di China Kerana Mengawal Harga Cip Memori DRAM Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung, Micron Dan Hynix Mungkin Disaman Di China Kerana Mengawal Harga Cip Memori DRAM Dunia

Beberapa tahun kebelakangan ini, harga DRAM dan harga memori dilihat menjadi semakin mahal kerana ia dikatakan bahawa cip memori DRAM mengalami masalah bekalan di seluruh dunia kerana permintaan yang tinggi, terutama dari syarikat-syarikat pembuat peranti pintar.

Oleh yang demikian, syarikat-syarikat pembuat memori seperti Samsung, Micron dan Hynix dilihat membuka kilang membina memori DRAM di China untuk membantu meningkatkan pengeluaran cip-cip tersebut, terutamanya untuk syarikat-syarikat pembina peranti di China.

Akan tetapi, walaupun kilang-kilang tersebut sudahpun beroperasi, harga cip memori DRAM dilihat masih berada di paras harga yang sangat mahal, dan ini membuatkan pengawal-selia di China membuat siasatan mengenai tahap harga tersebut.

DigiTimes melaporkan bahawa jika ketiga-tiga syarikat ini didapati bersalah mengawal harga DRAM, terdapat kemungkinan besar bahawa syarikat-syarikat ini akan disaman sebanyak $800 juta hingga ke $8.0 bilion. Nilai saman ini akan dikira berdasarkan nilai jualan memori oleh syarikat-syarikat ini kepada China sepanjang 2016 hingga 2017.

Menariknya, ini bukanlah kali pertama Samsung, Micron dan Hynix didapati bersalah mengawal pengeluaran dan harga memori DRAM.

Pada tahun 1999 hingga 2002, ketiga-tiga syarikat ini, bersama-sama dengan Infineon dan Elpida Memory disabitkan kesalahan mengawal harga memori di Amerika, dan kesemua syarikat-syarikat ini disaman, dengan Samsung menerima saman terbesar, sebanyak $300 juta.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MOgARd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.