Hi! Welcome Back and Stay Tune! YouTube Memperkenalkan Channel Memberships, Merchandise Dan Premieres Bagi Memudahkan Pemilik Saluran Menjana Pendapatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YouTube Memperkenalkan Channel Memberships, Merchandise Dan Premieres Bagi Memudahkan Pemilik Saluran Menjana Pendapatan

Kerjaya sebagai seorang YouTuber adalah kategori baru yang tidak wujud sedekad yang lalu. Ia adalah antara kerjaya yang paling popular sekarang dan membolehkan seseorang itu menjadi ternama seperti bintang TV dan filem. Di Malaysia terdapat ramai pemangkin media sosial yang menggunakan YouTube sebagai platform pilihan kandungan video mereka.

Satu masalah yang kerap didengari ialah sukar menjana pendapatan menerusi YouTube selepas isu Adpocalypse tahun lalu. Selebriti YouTube mula menjana wang menerusi Patreon atau berubah terus ke Twitch. Bagi menyelesaikan masalah menjana pendapatan YouTube memperkenalkan Channel Memberships, Merchandise dan Premieres.

Menerusi Channel Memberships, pengguna boleh melanggan kepada saluran kegemaran dengan membayar $4.99 (~RM 20) setiap bulan. Ini memberikan mereka akses kepada lencana khas, emoji baru serta kandungan video eksklusif hanya kepada peminat berbayar. Dengan Channel Memberships, YouTube cuba mencantas apa yang ditawarkan oleh Patreon.

Pemilik saluran turut boleh menjana pendapatan dengan menjual barangan berjenama sendiri menerusi Merchandise. YouTube bekerjasama dengan Teespring bagi membolehkan pemilik saluran menghasilkan baju-t, cawan kopi, kerangka telefon dan banyak lagi dengan jenama sendiri. Fungsi Merchandise hanya ditawarkan kepada pemilik saluran di Amerika Syarikat dengan 10,000 langganan sahaja buat masa ini. Menerusi Merchandise, proses menghasilkan, penjualan dan penghantaran akan dilakukan oleh Teespring bagi pihak pemilik saluran.

Akhir sekali ialah Premieres yang membolehkan pemilik saluran melakukan tayangan perdana untuk video terkini mereka lengkap dengan video acah. Menerusi Premieres mereka boleh cuba untuk menerbitkan minat di kalangan penonton sebelum video ditayangkan “secara langsung”. Premieres akan menyokong sistem live chat seperti seseorang pengguna melakukan penstriman langsung.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Kaqpu9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.