TM Akan Berkongsi Mengenai Inisiatif Jalur-Lebar Berpatutan Pada Suku Tahun Akan Datang
Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan yang mana harga perkhidmatan jalur-lebar di Malaysia dijangka berkurangan 25% menjelang penghujung 2018 ini. Pengumuman ini selari dengan perubahan harga pukal untuk jalur-lebar, sekaligus mengurangkan harga kos penawaran kepada pengguna.
Kini, selari dengannya, Telekom Malaysia menyatakan sokongan untuknya. Melalui kenyataan yang dikeluarkan TM kepada kami, mereka mengatakan bakal berkongsi lanjut mengenai inisiatif jalur-lebar berkelajuan tinggi dengan harga berpatutan pada suku tahun seterusnya.
Buat masa ini, penawaran jalur-lebar berkelajuan asas daripada TM boleh dikatakan agak tinggi harganya. Pakej 1Mbps sendiri ditawarkan pada harga RM110 sebulan, yang mana boleh dikatakan agak tinggi untuk pengguna umum.
Pengumuman TM ini hadir selepas memperlihatkan harga saham mereka jatuh mendadak semalam lanjutan daripada pengumuman kerajaan untuk mengurangkan harga pakej internet sekitar 25% menjelang penghujung tahun ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2tkJjVo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment