Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apabila Nikmat Didustakan: Darjat Para Huffaz Di Sisi Agama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apabila Nikmat Didustakan: Darjat Para Huffaz Di Sisi Agama

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada zaman apabila bangsa Arab amat mengagumi kesusasteraan. Tetapi mereka ketika itu berdepan dengan kekurangan. Kertas masih belum diciptakan, menghadkan keupayaan penulisan mereka kepada permukaan kulit haiwan sahaja. Kekurangan ini tidak menyekat aspirasi bangsa Arab dalam kasih mereka kepada elemen-elemen sastera. Walaupun bukan semua yang celik huruf, minat ini telah disulamkan dalam kebudayaan mereka.

Telah menjadi kebiasaan apabila sejarah, syair dan susur galur dipelihara melalui ingatan. Dengan cara ini juga al-Qur’an dipelihara. Nabi Muhammad SAW meninggalkan satu legasi yang tidak dibukukan. Atas kekurangan peralatan, para huffaz menikmati darjat tersendiri di sisi masyarakat. Dianggarkan bilangan mereka mencecah angka ratusan ribu selepas kewafatan baginda. Berdirinya al-Qur’an pun adalah kerana komitmen bilangan ini untuk memastikan jasa Nabi Muhammad SAW tidak dilupakan.

Tetapi jika diteliti nasib para Yahudi, jelas sekali umat Islam pada awalnya terdedah kepada bahaya yang sama. Garis masa Islam sangatlah berbeza untuk dibandingkan nasib ditimpa kitab-kitab suci sebelum al-Qur’an. Semasa Islam menular, kuasa besar seperti Rom semakin menghampiri sekularisme. Maka tiada konflik agama yang timbul secara besar-besaran. Dan kuasa Islam pun dikukuhkan oleh khilafah-khilafah selepas pemerintahan Saidina Ali kw.

Namun nasib yang sama tidak memelihara para Yahudi, apabila asakan Rom hampir melumatkan agama mereka. Selepas keberangkatan Nabi Isa as, Jerusalem dimusnahkan sehingga bertempiaran kaum Yahudi ke segala pelusuk alam. Hancurnya rumah ibadat mereka pada tangan Gessius Florus menyaksikan kehilangan hampir semua permata Yahudi. Semasa kerasulan Nabi Musa as, Taurat diturunkan dalam dua bentuk: Bertulis dan Lisan.

Taurat Lisan sebenarnya mengajar kaum Yahudi cara-cara untuk mengamalkan syariat bertulis. Ibaratkan hadis kepada al-Qur’an, kedua-duanya melengkapkan sebuah akidah. Dan Taurat Lisan diturunkan kepada generasi-generasi seterusnya melalui teknik hafazan. Peperangan Rom telah membunuh dan menghalau ramai orang Yahudi yang menghafal Taurat Lisan. Hanya selepas persidangan para agamawan Judaisme, Taurat Lisan dibukukan sebagai Talmud yang membabitkan ayat-ayat sahih, lemah dan tidak sahih.

Walaupun al-Qur’an padahari ini boleh didapati dengan mudah, apa-apa sahaja boleh berlaku. Nasib Yahudi tidak boleh diulangi, kerana Rasulullah SAW merupakan Rasul terakhir. Satu masa dahulu, generasi Islam bertungkus-lumus memastikan al-Qur’an diturunakn dengan tepat. Teknik hafazan merupakan senjata pemeliharaan paling ampuh sekali. Disebabkan itu juga Malaysia mengamalkan pendidikan tahfiz dengan teknik-teknik sunnah yang menjaminkan ketajaman akal.

Tetapi anak-anak tahfiz pada hari ini tidak terikat kepada kerjaya agama sahaja. Mereka mula mencabar persepsi beracun masyarakat yang mengatakan mereka tiada masa hadapan. Ramai yang berjaya menjadi imam ketika bulan Ramadhan dalam inisiatif masjid untuk mengkhatamkan al-Qur’an dalam masa satu bulan. Imam-imam ini barangkali dihasilkan pusat tahfiz yang mungkin tidak berkelengkapan mencukupi pun. Tetapi kekurangan perkakas dan prasarana tidak menjadi penghalang, kerana satu masa dahulu para huffaz turut menghadapi kekurangan seperti ketiadaan kertas.

Pada hari ini mereka mencabar arus profesional dengan pembelajaran bidang-bidang selain daripada agama. Usaha ini membuka peluang pekerjaan yang sangat meluas bagi mereka. UiTM merupakan salah satu landasan para huffaz untuk menceburi bidang-bidang lain. Walaupun kompetitif, usaha merkea masih lagi membuahkan graduan yang luar biasa. Malah, seorang pelajar autisme turut mendapat Diploma Al-Qur’an di Kuala Kubu Bharu.

Maka istilah tiada masa hadapan, dan jumud, sebenarnya jauh panggang daripada api. Sekolah-sekolah tahfiz perlu diperbaharui setiap masa untuk memastikan prasarana mereka tidak berketinggalan zaman. Kurikulum mereka pun harus diperbaiki jika perlu. Masalah jumud sebenarnya terhasil angkara kekurangan manusia, yang sememangnya logik jika wujud dalam kalangan anak-anak tahfiz.

Tetapi sejujurnya, seramai manakah anak-anak tahfiz jumud dalam agama untuk dibandingkan dengan ribuan yang berjaya. Jika kesempatan ini diambil untuk menyerang sistem persekolahan tahfiz, maka masyarakat juga perlu menghapuskan sekolah-sekolah kebangsaan atas penularan gejala dadah, maksiat dan buli. Menutup sebelah mata merupakan amalan hipokrasi nyata yang menzalimi orang lain. Dan doa orang dizalimi sangatlah mujarab di sisi-Nya, terutama sekali apabila golongan ini sedang membela al-Qur’an daripada penahrifan zaman.



✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NDMxfg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.