Hi! Welcome Back and Stay Tune! ShutterGrip Menambah Butang Kamera Fizikal Pada Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ShutterGrip Menambah Butang Kamera Fizikal Pada Telefon Pintar

Telefon pintar adalah penyebab utama mengapa kamera kompak kini semakin menghampiri kepupusan. Lebih banyak gambar dapat diambil dan dikongsi terus ke platform media sosial pilihan menggunakan telefon pintar. Kualiti gambar yang diambil telefon pintar juga kini cukup baik untuk menggantikan kamera kompak. Tetapi bagi mereka yang merindukan butang kamera fizikal. ShutterGrip ialah aksesori untuk anda.

ShutterGrip boleh dipasang pada bahagian belakang telefon pintar. Angkup boleh larasnya menggenggam tubuh peranti dengan ketat memastikan ia tidak tertanggal dengan mudah. Melalui tambahan Bluetooth, butang pengatup fizikal pada ShutterGrip akan menjadi ganti butang pengatup atas skrin aplikasi kamera pilihan.

Pada waktu yang sama ShutterGrip ini membolehkan telefon pintar dipegang seperti kamera kompak sebenar. Terdapat juga lubang skru untuk tripod. Akhir sekali butang ShutterGrip boleh ditanggalkan sekiranya ia ingin digunakan sebagai alat kawalan jauh kamera. Aksesori ini dijual pada harga $40 (~RM 160) sebuah dan boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uaFEKu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.