Emma Maembong Dilamar Tetapi Dengan Siapa?
Oleh kerana kenyataan dari Emma Maembong itu, di laman media sosialnya, penuh dengan komen dari orang ramai dan ada yang mencuba nasib dengannya.
ADA YANG LAMAR
Sampaikan ada yang melamarnya Emma Maembong menerusi laman media sosial.
Ekoran hal yang berlaku ini, ini respon dari Emma:
"Saya terkejut apabila ramai lelaki yang mahu melamar di laman sosial, sedangkan saya hanya berseloroh.
"Apabila menyentuh soal teman hidup, sudah tentu saya mahu terlebih dulu mengenali lelaki yang bakal sehidup semati dengan saya.
"Lelaki itu juga perlu berani bertemu ayah saya kerana dia adalah insan nombor satu dalam hidup saya,"
KAMAL ADLI DATANG BERAYA
Emma Maembong yang merupakan kacukan Melayu-Scotland berkata, dia masih berbaik dengan bekas kekasihnya iaitu Kamal Adli dan jejaka berkenaan turut ada datang beraya dirumahnya di Kuala Terengganu ketika Syawal lalu.
Namun, ketika ini Emma Maembong mengakui, masih selesa bersendirian.
"Mungkin ada sesetengah peminat pelik kerana saya yang masih berbaik dengan bekas kekasih. Bukan hanya Kamal, saya juga masih baik dengan Zizan Razak dan seorang lagi jejaka yang pernah hadir dalam hidup saya.
"Apa juga yang pernah terjadi antara kami, mereka pernah memberikan kebahagiaan dan kemanisan dalam hidup ini. Saya tidak mahu membenci insan yang pernah hadir dalam hidup.
"Mereka pernah menjaga dan melayan saya dengan baik, cuma takdir menentukan kami tiada jodoh,"
BIAR TAKDIR TENTUKAN DENGAN KAMAL
Emma Maembong sempat berbicara tentang hubungannya dengan Kamal Adli dan baginya, biarlah takdir yang menentukan segala-galanya.
"Orang luar mungkin fikir saya masih mengharapkan Kamal, tetapi hakikatnya tidak. Memang Kamal ada melakukan kejutan pada hari jadi saya yang lalu, malah saya juga melakukan perkara yang sama.
"Berbeza Kamal yang lebih sukakan privasi, saya pula akan memuat naik gambar di laman sosial sebagai tanda penghargaan. Bukan hanya pemberian Kamal, tetapi juga daripada teman lain. Itu cara saya menghargai insan yang hadir dalam hidup ini,"
Itulah komen dari Emma Maembong.
Selain Kamal Adli, pelakon Alvin Chong juga amat rapat dengan Emma Maembong ketika ini.
Sumber: BeritaHarian
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JhtWm4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment