Hi! Welcome Back and Stay Tune! Uganda Menghalang Perkhidmatan VPN Kerana Digunakan Rakyat Untuk Mengelak Membayar Caj Menggunakan Media Sosial - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Uganda Menghalang Perkhidmatan VPN Kerana Digunakan Rakyat Untuk Mengelak Membayar Caj Menggunakan Media Sosial

Pada awal bulan ini Uganda mula mengenakan caj UGX 200 (RM 0.21 sen) sehari kepada pengguna yang ingin melayari laman media sosial. Sebab yang diberikan ialah ini bagi menghalang penyebaran berita palsu. “Cukai media sosial” ini menerima reaksi negatif dari rakyat Uganda yang melihatnya sebagai taktik menghalang rakyat bersuara menentang kepimpinan Presiden Yoweri Museveni.

Jika pengguna tidak membayar caj ini, akses kepada perkhidmatan popular seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Facetime, Snapchat dan Instagram akan dihalang oleh pihak ISP. Sebagai tanda protes, rakyat Uganda mula menggunakan VPN bagi memintas halangan yang dilakukan.

Menyedari hakikat ini, kerajaan Uganda mengarahkan perkhidmatan VPN pula diakses oleh pengguna. Memandangkan terdapat banyak perkhidmatan VPN di dunia, tidak kesemuanya dapat dihalang buat masa ini. Kerajaan Uganda kemudian mengingatkan pengguna internet supaya membayar cukai internet ini kepada kerajaan dan bukannya kepada syarikat VPN.

Uganda bukan negara pertama penghalang perkhidmatan VPN. Tahun lalu aplikasi VPN telah ditarik dari App Store di China atas arahan pihak pemerintah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2uouK33

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.