Khalifah Harun Ar-Rasyid: Bapa Kemasyhuran Abbasiyyah
Khalifah Harun Ar-Rasyid atau nama sebenarnya Harun bin Al-Mahdi dilahirkan di Rey, Tehran, Iran pada tahun 763 atau 766. pada tahun 763 atau 766. Baginda adalah abang (atau adik) kepada Khalifah sebelumnya, Al-Hadi. Baginda juga adalah anak kepada Khalifah Al Mahdi (775-785) dan dikatakan Khalifah terakhir yang menjadi khalifah melalui keluarga Al-Mahdi.
Selain berpengetahuan dalam ilmu perang, pentadbiran, hisab, falsafah Yunani dan bahasa, baginda sejak kecil lagi, dikatakan agak pandai menggunakan senjata seperti pedang dan tombak. Baginda juga dikatakan kelihatan berkarisma dan mempunyai aura pemimpin berbanding Al Hadi. Ini mengakibatkan sedikit kerenggangan antara Khalifah Al Hadi dan Harun Ar-Rasyid.
Sebelum Baginda menjawat jawatan Khalifah, baginda pernah mengetuai beberapa peperangan dengan Empayar Byzantine pada tahun 780 dan 782. Ketika konflik dengan Byzantine tercetus, baginda dikatakan dapat menawan sebahagian kecil kawasan Timur Anatolia. Ia adalah salah satu pencapaian terbaik untuk Empayar Abbasiyyah pada ketika itu kerana Empayar Byzantine dikatakan agak kuat pada era tersebut.
Ada banyak spekulasi yang Khalifah Al Mahdi akan melantik Baginda menjadi Khalifah namun sebaliknya, saudaranya Khalifah Al-Hadi menjadi Khalifah menggantikan bapanya pada tahun 785. Saudaranya hanya memerintah 1 tahun sahaja dan mangkat pada tahun 786 atas sebab yang tidak dapat dipastikan sama ada dibunuh, sakit atau diracun. Baginda (Harun Ar-Rasyid) diangkat menjadi Khalifah ke lima Empayar Abbasiyyah pada 14 September 786.
Pada zaman pemerintahan baginda, Empayar Abbbasiyyah melalui zaman keemasan di mana Empayar ini menjadi empayar termaju di rantau tersebut, lebih maju dari pemerintahan bapanya, Khalifah Al-Mahdi (775-785). Ketika Baginda menaiki takhta khalifah, baginda melantik beberapa jemaah menteri yang baru tanpa mengira bangsa asalkan berkemampuan.
Baginda juga berpendapat, jika menteri berkemampuan, hasil produktiviti pentadbiran akan berjalan lancar dan ia memudahkan rakyat. Zaman pemerintahan baginda jugalah kota Baghdad membangun dengan pesat yang melibatkan pembinaan bangunan-bangunan yang tinggi dan megah. Kemajuan infrastruktur Baghdad yang hebat dan canggih pada ketika itu menjadikan Baghdad sebagai “Ibu Empayar” seluruh tanah Timur Tengah Asia kerana dikatakan hampir 1 juta pengunjung dalam dan luar Empayar datang untuk berdagang, belajar di sekolah-sekolah dan universiti di Baghdad dalam pelbagai bidang ilmu. Pada zaman baginda jugalah bermulanya pendidikan arkitektur, seni ukir secara meluas serta reka bentuk Islam dan sastera Islam.
Baginda juga membangunkan kawasan rumah Ibadat di seluruh wilayah empayar dan memberi peruntukan yang cukup untuk membaiki dan mencantikkan rumah ibadat sedia ada. Rumah ibadat ini merangkumi semua agama yang ada di Empayar Abbasiyyah. Baginda juga meningkatkan lagi prasarana pendidikan, perdagangan dan kesihatan dengan pembinaan sekolah, universiti dan maahad tahfiz yang baru di mana pendidikan Islam masa zaman baginda lebih meluas berbanding khalifah-khalifah sebelumnya.
Baginda turut memperkenalkan subjek sains, seni, falsafah dan juga bahasa serta mengalakkan lagi kerja terjemahan. Baginda juga menghantar berberapa tenaga pengajar dari bidang keagamaan hingga ke ilmu hisab ke segala ceruk empayarnya untuk bagi mengajarkan ilmu selain daripada serta ajaran Islam di kawasan tersebut.
Zaman pemerintahan baginda juga bermaksud perdagangan semakin maju apabila baginda membina kawasan pelabuhan kecil di bahagian luar Kota Baghdad untuk membawa barangan dagangan melalui Sungai Tigris dan Euphrates ke Teluk Parsi. Baginda juga memperketatkan kawasan “Jalan Sutera” dengan mengupah askar untuk menjadi pengawal peribadi pedagang-pedagang yang membawa barang dagangan melalui Jalan Sutera ini. (Baghdad di katakan adalah salah satu daripada laluan jalan sutera). Baginda juga menyediakan rumah rehat di setiap jalan sutera di wilayah Abbasiyyah untuk memudahkan pedagang darat untuk rehat dan keselamatan barang dagangan mereka terjamin.
Baginda juga memfokuskan perubatan dan kesihatan di empayar Abbasiyyah dengan pembinaan hospital dan klinik di beberapa wilayah lain dan juga mengambil beberapa pakar perubatan di empayar lain untuk mengkaji dan juga menghasilkan ubat untuk menyembuhkan penyakit. Disebabkan baginda memfokuskan pendidikan dan operasi terjemahan, maka baginda tela memperkenalkan Baitul Hikmah, iaitu sebuah lembaga penterjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan dan penelitian. Baginda juga memperkenalkan majlis Muzakarah iaitu majlis yang akan membincangkan tentang berkaitan dengan pembinaan dan penambahbaikkan masjid dan sekolah-sekolah agama Islam di seluruh wilayah Abbasiyyah.
Pada tahun 796, baginda memindahkan pusat pentadbiran kerajaan di Haditha, Baghdad ke Ar-Raqqah, Syria. Ada berberapa pendapat mengapa baginda memindahkan pentadbiran kerajaan ke Ar-Raqqah. Ada ymenyatakan kemungkinan kerajaan baginda memindahkan pentadbiran dari Baghdad ke Ar-Raqqah kerana ia terletak di pertengahan antara Wilayah Byzantin dan Abbasiyyah. Malah, bandar Ar-Raqqah berada di tebing sungai Eupharates menjadikan laluan air untuk pengunjung ke Baghdad.
Ada kemungkinan juga, Khalifah Harun Ar-Rasyid berbuat demikian kerana lokasinya dikatakan berdekatan dengan Byzantine serta memudahkan baginda untuk mengawal sebarang aktiviti antara dua sempadan Empayar Byzantin/Abbasiyyah dan juga dapat mengawal sebarang pemberontakan dan juga “konspirasi” musuh untuk menyerang Abbasiyyah. Baginda juga membina beberapa kawasan kem tentera di kawasan Ar-Raqqah dan juga mengetatkan pengawalan sempadan Empayar Abbasiyyah/Byzantin dari sebarang serangan.
Dari Ar-Raqqah sampailah ke Damsyik, baginda memajukan sistem pertanian seperti buah-buahan, gandum dan sehinggakan Abu al-Faraj Al-Isfaha menuturkan bahawa kawasan di antara itu adalah seindah seperti gambaran Syurga. Selain itu juga, sistem pengairan untuk petani di kawasan itu serta bot-bot dagang kecil dibina untuk memudahkan eksport dan import sama ada ke Baghdad atau pun ke kawasan lain disediakan oleh Khalifah. Kemudahan akses melalui Jalan Sutera ke Ar-Raqqah dipermudahkan untuk pedagang untuk berdagang di Ar-Raqqah terutama berkaitan dengan makanan dan minuman.
Ketika zaman baginda, Ar-Raqqah adalah lubuk sumber makanan terbesar di rantau itu. Baginda juga menjadikan Damsyik sebagai bandar perdagangan bahagian Selatan dimana pedagang darat dari Mekah, Madinah, Palestin dan Mesir mendapat kemudahan untuk berniaga dan berdagang di sana. Dikatakan Bandar Damsyik dan Ar-Raqqah menjadi bandar utama di bahagian Barat Wilayah Abbasiyyah manakala Baghdad dan Rey, (salah satu daripada wilayah Tehran kini) adalah bandar utama di Timur Abbasiyyah
Zaman baginda jugalah merupakan zaman kegemilangan dan juga kejatuhan bangsa Barmakids, iaitu bangsa daripada keturunan Balkh (Afghanistan) yang berkahwin dengan keturunan Sami Buddha Nava Vihara. Mereka masuk Islam ketika zaman pemerintahan Khalifah Al-Mahdi kerana kagum dengan sifat rendah diri dan keadilan serta ketelusan Khalifah Al-Mahdi (775-785). Khalifah Al Mahdi memberikan jawatan kepada golongan Barmakids ini sebagai menteri kerana kecekapan mereka selain factor Isteri Khalifah Al Mahdi, Al-Khayzuran dan juga ibu Baginda (Harun Ar-Rasyid) adalah bekas Hamba di Yaman dan berketurunan atau sebahagian dari Keturunan Barmakids.
Ketika kemangkatan Al Khayzuran pada tahun 789, beliau mewasiatkan kepada baginda (Harun Ar-Rasyid) untuk menjadikan kaum Barmakids sebagai, enteri-menteri. Secara teknikalnya, baginda mematuhi kata ibunya, dengan melantik mentor dan juga guru rapatnya yang juga keturunan Barmakids iaitu Yahya bin Khalid bin Barmak sebagai Perdana Menteri atau Wazir, malah melantik berberapa kaum Barmakids sebagai menteri dan gabenor namun baginda juga memberi peluang kepada bangsa lain untuk menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran baginda. Yahya bin Khalid bin Barmak atau dikenali sebagai Yahya si Barmak selain menjadi pembantu baginda dalam urusan pentadbiran, beliau juga menjadi penjaga anak-anak baginda jika baginda mempunyai urusan luar. Bokeh dikatakan Yahya si Barmak adalah figuranya seperti seorang bapa untuk anak-anak Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bakal mewarisi takhta Harun Ar-Rasyid kelak.
Yahya si Barmak dan kaumnya yang menjadi menteri tertinggi patuh kepada baginda sehingga tahun 798 apabila baginda memenjarakan Yahya si Barmak kerana membuat keputusan tanpa sebarang perbincangan dengan baginda. Tidak dipastikan apakah isunya namun ia dikatakan keputusan beliau buat boleh merosakkan keamanan dan mencetus perbalahan antara menteri dan juga rakyat. Ini bukan berlaku pertama kali, ia sebenarnya sudah berlaku banyak kali.
Malah juga dikatakan selalu merendah-rendahkan bangsa lain mdan selalu bersikap kasar di parlimen. Disebabkan itu pada tahun 803, baginda membuat reformasi penyusunan semula menteri dan memecat bangsa Barmakids, memasukkan mereka ke dalam penjara dan merampas harta mereka. Baginda kemudiannya telah melantik Al Fadl ibn Al-Rabi sebagai Wazir seterusnya.
Baginda juga seorang yang bertoleransi dengan pelbagai agama. Baginda memberikan peruntukan untuk bukan Islam untuk meneruskan upacara dan keagamaan masing-masing tanpa sebarang sekatan. Baginda juga menghantar berberapa menteri luar untuk membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Dinasti Tang, empayar China. Baginda meletakkan bangunan kedutaan di China dimana bagunda membantu askar China melawan kerajaan Tibet yang cuba menjatuhkan Dinasti Tang.
Disebabkan hubungan ini, baginda dikenali sebagai “A-lun” berdasarkan loghat Tang. Baginda juga membuka jalan kepada kerajaan Barat Eropah dengan akses umat Kristian untuk ziarah ke Baitul Maqdis untuk melakukan upacara keagamaan di tanah suci mereka. Kerajaan Barat Eropah menghantar ufti sutera, barangan emas, kaain hasil tenunan Abbasiyyah, wangian seekor gajah dan juga jam air yang cantik. Hubungan diplomasi antara kerajaan Barat Eropah (khususnya di Empayar Perancis dan sebahagian kecil kepulauan United Kingdom) menjadi akrab sepanjang pemerintahan baginda.
Walaupun ketika pemerintahan baginda Empayar Abbasiyyah dalam keadaan baik, namun terdapat pelbagai pemberontakan dan balas dendam oleh kumpulan yang menyokong Bani Umaiyah khususnya dia kawasan Syria dan Mesir. Ada berberapa suku kaum di Syria “pro” Bani Umaiyah menentang Abbbasiyyah kerana “sejarah lampau” yang apabila leluhur baginda membunuh dan menjatuhkan Empayar Umaiyah.
Ini menandakan zaman mulanya pemberontakkan dan masalah politik ketika zaman akhir pemerintahan baginda. Lebih menambah masalah, ada beberapa penduduk di Mesir menentang kerajaan Abbasiyyah kerana cukai yang terlalu mahal dan menuntut hak keadilan kerana Gabenor yang dilantik baginda agak teruk.
Ada yang berpendapat ini terjadi kerana Mesir dipengaruhi propaganda dari Kerajaan Aghlabids di Infriqiya (Moden Tunisia) yang ditubuhkan pada tahun 800 untuk menjatuhkan Abbasiyyah kerana dikatakan kejam dan mementingkan keluarga mereka sahaja. Dalam masa yang sama, Khawarij (sekali lagi) mencetuskan pemberontakan di Yaman untuk menawan semula Mekah dan Madinah serta kontroversi di Khurasan apabila wilayah di sana tidak mendapat kemajuan yang sama rata seperti wilayah lain.
Keputusan baginda melantik Ali bin Isa bin Mahan untuk menjadi gabenor di Khurasan dengan membuat polisi baru dengan kerajaan pusat (kerajaan Abbasiyyah) mengawal sepenuhnya pentadbiran di sana telah menimbulkan kemarahan warga Khurasan dan bermula penentangan Kerajaan Abbasiyyah. Serangan empat penjuru ini menandakan mulanya kejatuhan pemerintahan Harun Ar-Rasyid (bukan Abbasiyyah).
Pemberontakan di Khurasan semakin teruk apabila penduduk Samarkand diketuai oleh Rafi ibn al-Layth menyerang sebahagian wilayah Khurasan menyebabkan Baginda terpaksa pergi ke Khurasan untuk menahan serangan pemberontak itu. Malahan baginda mengarahkan Wazirnya untuk menyelesaikan kemelut pemberontakan di wilayah lain. Sampai di Khurasan, baginda menangkap Gabenor Khurasan, Ali bin Isa bin Mahan dan memenjarakannya kerana dituduh berkomplot dengan pemberontak untuk menjatuhkan Empayar Abbbasiyyah namun pemberontakan itu tidak dapat dipertahankan kerana Ali jatuh sakit dan mangkat di perkampungan Sanabad di Tus dan di makamkan di Dar Al Imarah iaitu kediaman rasmi Humayd al Qathaba, Gabenor Khurasan.
Kawasan ini juga dikenali sebagai Makam Haruniyyeh dan dijadikan sebagai Mashhad (makam pejuang syahid) berberapa tahun selepas kemangkatan baginda kerana seorang ulama syahid dan dimakamkan di situ iaitu Imam Ar Ridha pada tahun 818.
Baginda mangkat pada tahun 809 setelah memerintah Empayar Abbasiyyah selama 23 tahun. Baginda berusia 43 atau 46 tahun. Pemerintahan baginda dikatakan sebagai era emas dalam pemerintahan Abbasiyyah apabila empayar Abbasiyyah mempunyai wilayah yang luas dan maju namun disebabkan masalah politik dan hasutan propaganda dan dendam sejarah lampau menjadikan empayar zaman keemasan ini agak dicemari dengan kucar kacir dan pemberontakan ini di patahkan. Bahkan baginda mangkat sebelum sempat mematahkan pemberontakkan ini.
Baginda dikatakan membahagian empayar Abbasiyyah kepada dua ketika pemerintahan baginda yang di mana ia dipegang oleh dua anaknya iaitu Al-Amin dan Al-Ma’mun untuk mensistematikkan pemerintahan namun selepas kemangkatan baginda berlaku perebutan kuasa antara dua adik beradik itu yang menggoyahkan keamanan Empayar Abbasiyyah selama hampir 20 tahun.
Baginda digantikan oleh anaknya (secara rasmi) oleh anaknya, Al-Amin yang menjadi Khalifah seterusnya. Baginda digelar Ar-Rasyid kerana jasa baginda menjadikan Empayar Abbasiyyah sebagai empayar paling maju pada era itu dan sifat ketelusan serta diplomasi baginda sepanjang pentadbiran baginda. Baginda digelar Bapa Kemasyhuraan Abbasiyyah atas jasa baginda sepanjang 23 tahun pemerintahan.
Kesimpulannya, baginda sememangnya adalah salah satu pemimpin teragung di empayar Abbasiyyah dan ada banyak kisah-kisah menarik tentang baginda sehinggakan ada buku yang bertajuk A Thousand Nights Story yang mengisahkan kemasyhuran Empayar Abbasiyyah dalam pentadbiran Harun Ar-Rasyid.
Rujukan:
- As-Suyuti Tarikh Al Khulafa
- Al-Masudi The Meadows Of Gold, The Abbasids
- The Land of Mashhad by Zabeth, Hyder Reza dan William Muir
- The Caliphate, Its Rise, Decline And Fall
- Harun Ar Rashid Oleh St. John Philby
- Ibnu Kathir, Al Bidaya Wal Nihaya
- A Study Of Chronicles of Ladakh by Luciano Petach
- The Chinese Machiavelli: 3000 years of Chinese Starcraft Ching Ping Bloodworth
- Audun Home, Geometry Our Cultural Heritage
- John H. Haaren, Famous Men of the Middle Ages
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NIz4TA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment