Pening kepala cari rumah sewa di KL? Nah, tips-tips berkhasiat untuk anda
Kuala Lumpur, Bandar yang tak pernah tidur. Kota metropolitan pujaan para pengejar harta dan status dari tiap ceruk dunia. Dan pastinya menjadi tumpuan utama belia remaja dari serata kampung untuk datang dan kejar cita-cita duniawi mereka.
Eh, berbalik kepada topik. Korang baru sampai KL? Pening kepala macam mana nak cari rumah sewa yang terbaik?
Baru kahwin atau baru dapat anak pertama? Mestilah nak cari rumah yang lebih selesa untuk korang sekeluarga, kan?
Tapi.. This is Kuala Lumpur bro! Bukan senang nak cari rumah yang boleh penuhi ciri-ciri yang diinginkan.
Sebab tu la Tok nak kongsi dengan korang tip power nak cari rumah sewa kat KL ni, boleh dijadikan panduan bersama.
Nah, Tok payung tip-tip berkhasiat untuk korang hadamkan.
#1: SPESIFIKKAN HASIL CARIAN
Tok yakin, korang semua mesti dah tahu kan benda ni, sebelum nak beli apa-apa mesti korang research dulu kat internet. Kan? Kalau ya, bagus.
Tapi, sebolehnya korang kenalah spesifikkan hasil carian tu. Maksud Tok, korang letaklah kata kunci berkaitan ciri rumah sewa yang korang nak tu.
Sebagai contoh, kalau korang ada kewangan yang baik dan nak sewa rumah yang ada swimming pool, letakkan je lah kata kunci ‘Rumah Sewa Swimming Pool’ dekat carian tu.
Mesti ada punya.
Dan jangan lupa letakkan sekali lokasi yang korang nak tu. Misalnya, “Rumah Sewa Swimming Pool Damansara”.
Tak yakin, atau kurang percaya dengan iklan hasil dari carian korang tadi tu?
Jangan risau, korang boleh contact terus melalui nombor yang diberikan. Jumpa terus tuan rumah, masuk periksa sendiri rumah tu. Lagi puas hati.
Oh ya, pastikan semasa layari laman sesawang tu, rujuk juga dari sumber lain yang sahih, bukan apa, nak elakkan penipuan.
Dan kalau korang nak menyewa beramai-ramai dengan kawan-kawan lagilah mudah, masing-masing boleh cari dan bincang untuk dapat hasil yang terbaik.
Untuk yang baru berkahwin tu, Tok nasihatkan semasa cari rumah sewa tu, pertimbangkan dari segala aspek. Sebab tu pentingnya spesifikkan hasil carian.
Kalau isteri bekerja, jauh tak lokasi dari rumah, macam mana dengan tempat kerja korang sendiri, ada laluan alternatif tak dan sebagainya.
Kalau bekerja di tempat yang sama ok lah tapi kalau berbeza lokasi? Jauh pulak tu. Haa.
Korang kenalah cari rumah sewa yang berada di tengah-tengah antara dua tempat korang dan isteri kerja tu. Pertimbangkan sewajarnya.
Kalau tempat kerja korang ada public transport, lebihkan kawasan isteri pun ada baiknya. Maksud Tok, rumah sewa tu lebih dekat dengan tempat kerja isteri korang. Barulah adil, kan?
Apa pun, bincang dan pertimbangkan segala kemungkinan dari semua aspek bagi mendapatkan persetujuan bersama.
#2: TETAPKAN BAJET
Ya. Segalanya bermula di sini. Betul tak?
Untuk mendapatkan rumah yang terbaik, korang kenalah semak dulu status kewangan korang dan asingkan terus bajet maksimum untuk bayaran bulanan rumah sewa yang korang mampu.
Memandangkan Kuala Lumpur ni adalah kawasan tumpuan yang sangat sesak dengan kebanjiran manusia, harga rumah sewa minimumnya agak mahal berbanding kawasan lain. Itu realiti yang memang wajib ditelanlah.
Kalau rate rumah sewa yang korang dah survey tu pun dah lebih separuh dari gaji korang, tak payah lah ye.
Cari tempat lain. Dah jumpa? Check balik dengan jarak dari tempat kerja korang dan kos minyak yang perlu ditanggung. Semua ni wajib diambil kira. Wajib!
Untuk korang yang dah berkeluarga, pastikan korang dah ambil kira kestabilan dari semua aspek sebelum putuskan untuk sewa sesebuah rumah.
Biasalah, dah berkeluarga kan mestilah nak ada rumah yang lebih selesa dan korang pun kenalah spend lebih sikit untuk tempat tinggal keluarga. Kalau isteri pun kerja lagi nice, sikit sebanyak mampu ringankan beban korang tu.
#3: EJEN, KHIDMAT YANG DITAGIH DULU KINI DAN SELAMANYA
Ejen, rasanya semua tahu fungsi ejen dalam bidang jual beli sewa rumah ni kan?
Dan sebenarnya khidmat ejen ni teramatlah penting terutamanya untuk korang yang nak cari rumah sewa di Kuala Lumpur ni.
Kenapa ejen?
Sebab ejen ni mempunyai rangkaian property networking yang tersangatlah luas dan sangat membantu dalam mendapatkan rumah yang sesuai untuk korang.
Tambahan pula, dengan keadaan Kuala Lumpur yang menjadi sarang sindiket penipuan masa kini, elok benarlah korang dapatkan nasihat dari ejen yang dilantik dan bertauliah.
“Tapi Tok, kalau pakai ejen, kos lagi. Orang nak jimat ni Tok”
Ya, Tok faham. Tapi kalau gunakan khidmat ejen ni, memudahkan lagi urusan korang sebenarnya.
Tak nak jugak?
Okay. Kalau tak nak guna ejen sebab tak nak keluar duit atau takut kena tipu, Tok sarankan carilah kawan-kawan yang ada di Kuala Lumpur.
Minta nasihat dari dia. Dan kalau ada kawan yang lain nak tumpang bersama, lagi bagus! Korang boleh cari sama-sama, kos bayaran bulanan pun tak adalah sakit sangat.
Untuk yang dah berkeluarga, khidmat ejen sangat disarankan. Di samping memudahkan korang juga tak perlu ke hulu ke hilir uruskan semua proses rundingan sebab ejen yang akan uruskan.
—
Kesimpulannya kat sini, 3 tips di atas yang Tok kongsikan kat atas tu adalah sangat asas tapi seringkali ramai orang terlepas pandang.
Jadi Tok merasa bertanggungjawab untuk memberi pencerahan dan menerangkan semula asas nak sewa rumah ni untuk korang.
Kalau korang sudi, share-lah untuk kebaikkan bersama!
The post Pening kepala cari rumah sewa di KL? Nah, tips-tips berkhasiat untuk anda appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NHJVgE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment