Butiran AMD Ryzen 5 2500X Tertiris Melalui Spesifikasi Baru Acer Nitro 50 – Hadir Dengan Empat Teras Dan Kelajuan 3.6GHz
Komputer desktop Acer Nitro 50 diumumkan buat pertama kalinya di acara Next@Acer di New York beberapa bulan dahulu. Spesifikasinya termasuklah CPU Intel generasi kelapan dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050.
Terkini, nampaknya terdapat sebuah spesifikasi baru komputer Acer Nitro 50 ini, dan ia nampaknya hadir dengan sebuah CPU AMD Ryzen generasi kedua yang belum diumumkan lagi.
Spesifikasi yang tertiris tersebut termasuklah penggunaan CPU AMD Ryzen 5 2500X, memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga kad grafik AMD Radeon RX580, bersama-sama dengan storan SSD 256GB dan cakera keras 1TB.
Butiran tersebut juga dilihat mengesahkan jumlah teras dan kelajuan asas CPU tersebut, yang ditetapkan pada 4 teras fizikal dan 3.6GHz. Jika dilihat pada model-model CPU AMD Ryzen yang lain yang mempunyai konfigurasi yang sama, ia juga boleh dikatakan bahawa CPU ini juga hadir dengan 16 bebenang kuasa.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LCg3nm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment