LG Mendaftar Tanda Dagang Nama LG V90
Beberapa bulan lepas, LG dilaporkan mungkin akan menjenamakan semula siri “G” buat telefon pintar mereka. Kemudian, mereka dikatakan hanya akan menukar nama “G” atau “V” jika perlu sahaja. Terkini, LG dilihat mungkin akan kekal lama dalam penggunaan siri “V” selepas mendaftar tanda dagang LG V90 di Mexico.
Selain daripada nama “G” atau “V” – LG turut mula menggunakan nama “ThinQ” pada siri telefon pintar mereka. Ini bermula pada LG V30S dengan kemaskini kamera dengan sokongan kecerdasan buatan.
LG turut akan memperkenalkan peranti dengan lima kamera pada bulan September kelak. Ia dikatakan adalah LG V40. Jika ia dilancarkan, secara terus menjadikan LG V40 sebagai peranti mercu keempat tahun ini yang LG lancarkan. Bermula dari, LG V30S ThinQ, LG G7 ThinQ, LG V35 dan LG V40.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JSDsvT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment