Google Docs Kini Mempunyai Penyemakan Tatabahasa Berasaskan Penterjemahan Mesin
Google Docs boleh dikatakan adalah alternatif kepada Microsoft Words. Cuma, Docs lebih ringan dan fokus kepada storan awan. Selepas memperkenalkan penterjemahan bahasa menggunakan mesin neural – yang turut menyokong bahasa Melayu, Google kini memperkenalkan sistem menyemak tatabahasa dengan menggunakan sistem penterjemahan mesin.
Walau bagaimanapun, fungsi ini masih lagi baru dan hanya bahasa Inggeris sahaja yang disokong. Misal kata, anda membuat ayat dan salah menggunakan sama ada “a” atau “an” – Google akan beri cadangan yang betul. Atau juga apabila “affect” atau “effect” – yang mana satu yang lebih tepat, Google akan bantu.
Tiada lagi butiran jelas apakah kemampuan penterjemahan mesin buat tatabahasa yang Google hasilkan ini. Tetapi apa yang pasti adalah – pembelajaran mesin atau kecerdasan buatan daripada Google ini, sememangnya tiada had dan sangat hebat.
Cuba Google Docs Dengan Penyemakan Tatabahasa Penterjemahan Mesin Di Sini
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JTPcye
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment