Diberkas selepas gagal hidupkan semula orang mati
ADDIS ABABA - ETHIOPIA. Seorang nabi palsu ditahan selepas dia gagal menghidupkan semula orang yang telah meninggal dunia.
Getayawkal Ayele didakwa cuba melakukan perbuatan itu kepada mayat Belay Biftu dengan berbaring di atasnya dan menyeru namanya beberapa kali.
Menurut polis, usaha lelaki itu gagal dan ia telah mencetuskan kemarahan keluarga Biftu dan mereka bertindak memukulnya.
"Dia 'diselamatkan' oleh pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian dan memberkasnya," kata jurucakapnya.
Difahamkan, insiden itu turut dirakamkan dan menjadi tular di media sosial.
Penduduk di bandar Galilee di wilayah Oromia memberitahu, Ayele bertemu dengan keluarga Biftu dan menceritakan kisah Lazarus yang dibangkitkan dari kubur oleh Jesus. Jadi, mereka bersetuju untuk menggali semula kubur Biftu untuk menghidupkannya semula. - BBC
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LDuogk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment