Hi! Welcome Back and Stay Tune! Thermaltake Memperlihatkan Kipas Riing Trio 12 RGB – Hadir Dengan Sokongan Arahan Suara Amazon Alexa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Thermaltake Memperlihatkan Kipas Riing Trio 12 RGB – Hadir Dengan Sokongan Arahan Suara Amazon Alexa

Kipas penyejuk komputer ialah sebuah komponen yang diperlukan untuk mengalirkan udara kedalam dan keluar rangka komputer. Diantara ciri-ciri yang biasa dapat dilihat kebelakangan ini ialah sokongan untuk menukar kelajuan kipas, dan juga sokongan untuk sistem penyalaan RGB untuk membuatkan rangka komputer anda kelihatan lebih menarik.

Thermaltake, syarikat pembuat peralatan dan komponen komputer baru-baru ini melancarkan sebuah siri kipas komputer baru yang dinamakan Thermaltake Riing Trio 12 RGB. Kipas ini bersaiz 120mm, dan hadir dengan sokongan kuasa PWM yang boleh diubah kelajuannya.

Dalam pada itu, ia juga hadir dengan tiga bulatan lampu RGB, dan setiap satu bulatan tersebut hadir dengan 30 lampu LED yang menyokong 16.8 jenis warna. Kipas ini juga hadir dengan sokongan untuk sistem nyalaan Razer Chroma, yang boleh diselarikan bersama-sama dengan aksesori Razer yang lain.

Apa yang membezakan kipas Riing Trio 12 RGB ini dengan kipas-kipas lain ialah sokongan aplikasi TT RGB Plus, yang membolehkan anda mengubah kelajuan kipas dan nyalaan lampu melalui aplikasi tersebut. Apa yang lebih menarik lagi, jika peranti pintar tersebut di sambungkan pada sambungan WiFi yang sama dengan sebuah peranti yang menyokong Amazon Alexa, anda boleh memberikan arahan yang sama kepada peranti Alexa tersebut, dan arahan tersebut akan dihantar ke aplikasi tersebut.

Kipas Thermaltake Riing Trio 12 RGB ini sudahpun hadir di pasaran dunia, dan boleh dibeli di kedai-kedai komputer berdekatan anda.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NCGYNz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.