Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta Kebal Pintar Merkava Mark (Mk.) 4 Barak Diperlihatkan Dengan Sokongan Sistem Realiti Maya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta Kebal Pintar Merkava Mark (Mk.) 4 Barak Diperlihatkan Dengan Sokongan Sistem Realiti Maya

Kereta kebal diperkenalkan di medan perang pada tahun 1916 kerana keperluan senjata yang mampu merentasi parit dan serangan mesingan ketika Perang Dunia Pertama. Senjata ciptaan Britain ini menjadi tukul besi yang memusnahkan kedudukan musuh bagi memudahkan pergerakan tentera infantri. Selepas 102 tahun, kereta kebal berevolusi sekali lagi menerusi Merkava Mark (Mk.) 4 Barak.

Kereta kebal mercu angkatan tentera Israel ini dilengkapi sistem kecerdasan buatan serta kamera realiti maya. Menerusi kecerdasan buatan, krew akan boleh bertugas dengan lebih pantas dalam mencari kedudukan musuh. Sistem realiti maya Iron View yang dipakai pada kepala komander pula memberikan pandangan 360 darjah menembusi tubuh kereta kebal. Ini dipercayai dapat menyelesaikan masalah titik buta yang menjadi duri dalam daging kereta kebal sejak pengenalan sistem misil anti kereta kebal.

Ketika konflik di Lebanon pada tahun 2006, 52 Merkava telah diserang hendap misil anti kereta kebal (ATGM) tentera Hesbollah. Lima daripada musnah sehingga menyebabkan kematian. Menyedari kekurangan Merkava II dan Merkava III di medan perang bandar, penambahbaikan telah dilakukan pada model terkini ini.

Dengan pengenalan Mark 4, Merkava kini menjadi kereta kebal tercanggih pernah dihasilkan sekaligus memintarkan proses membunuh anak-anak kecil yang melontar batu dan ahli paramedik Palestin.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LGGqFJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.