Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Bakal Menyuntik Dana Sebanyak RM5.2 Bilion Untuk Meningkatkan Pembuatan Cip NAND Untuk Storan SSD - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Bakal Menyuntik Dana Sebanyak RM5.2 Bilion Untuk Meningkatkan Pembuatan Cip NAND Untuk Storan SSD

Samsung mungkin terkenal untuk peranti-peranti mudah alih mereka, tetapi di antara bisnes mereka yang cukup menguntungkan ialah pembuatan cip untuk storan dan juga memori peranti.

Pada tahun 2018, Samsung dikatakan telah memasukkan dana sebanyak $6.4 bilion (RM28.6 bilion) untuk meningkatkan produktiviti pembuatan cip NAND, di samping menciptan NAND 3D baru yang boleh digunakan untuk menampung jumlah storan yang besar di dalam ruang yang kecil.

Syarikat tersebut bercadang untuk menyuntikkan sebanyak $2.6 bilion (RM5.2 bilion) lagi untuk tujuan tersebut untuk mempercepatkan lagi pembuatan cip NAND tersebut pada tahun 2019.

Penambahan cip NAND ini ialah bukti bahawa storan seperti SSD semakin diterima ramai, dan bakal menggantikan storan cakera keras sebagai storan utama untuk pengguna-pengguna komputer desktop di seluruh dunia.

Peningkatan pengeluaran cip NAND SSD ini juga dikatakan penunjuk bahawa harga SSD sedunia akan menurun kerana jumlah SSD yang banyak yang akan memasuki pasaran dalam masa beberapa tahun lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LhNyMz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.