Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lokman dakwa rakan-rakan PAS akan bantu BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lokman dakwa rakan-rakan PAS akan bantu BN

 FMT| July 22, 2018
Calon Barisan Nasional berkata dia akan bertemu kepimpinan PAS kawasan dalam masa terdekat.
Lokman beramah mesra dengan peniaga dan penjaja di pasar Taman Seri Andalas.
KLANG: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa PAS tempatan akan membantunya menewaskan Pakatan Harapan (PH).

Lokman yang berdepan pertandingan 3 penjuru berkata beliau juga akan bertemu dengan kepimpinan PAS kawasan dan cawangan dalam masa terdekat.

“Rakan-rakan PAS ada hubungi saya dan akan beri bantuan kepada saya. Setakat ini ramai yang memberi sokongan,” katanya ketika sedang beramah mesra dengan peniaga dan penjaja di pasar Taman Seri Andalas.

Beliau juga tidak kisah dilabel penyokong bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana Najib meninggalkan ekonomi negara dalam keadaan yang baik walaupun tewas.
“Cuma sekarang sedang dihancurkan PH,” katanya.

Terdahulu, penganalisis berkata walaupun PKR akan memenangi pilihan raya kecil ini, perkara yang perlu diberi perhatian ialah pergerakan undi penyokong PAS kepada Umno.

Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata PH akan terkesan jika penyokong Umno dan PAS bekerjasama, dan dapatan daripada PRK nanti boleh menjadi petunjuk kepada trend politik orang Melayu di masa akan datang.

Akhbar Singapura, Straits Times (ST) pada Jun melaporkan hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH berbanding kira-kira 95% pengundi Cina dan 70-75% pengundi India pada pilihan raya baru-baru ini, memetik kajian Merdeka Centre.

Kajian itu mendapati kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno dan 30-33% menyokong PAS.
Ini bermakna minimum 65% atau maksimum 73% orang Melayu bersama pembangkang nasional sekarang.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2A1at9x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.