Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Predator Helios 300 Special Edition Dilancarkan Pada Harga RM6199 Dalam Warna Putih Salju - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Predator Helios 300 Special Edition Dilancarkan Pada Harga RM6199 Dalam Warna Putih Salju

Komputer riba untuk permainan baru biasanya berwarna hitam pusam dengan sedikit warna merah untuk membuatkannya kelihatan agresif. Oleh itu pelancaran Acer Predator Helios 300 Special Edition di Malaysia hari ini membawakan kelainan di dalam landskap komputer riba gaming tempatan. Ia berwarna putih salju dengan kemasan berwarna emas.

Komputer riba ini dilengkapi skrin 15.6″ IPS LCD 144Hz, pemproses Intel Core i7-8750H, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1060 GB. memori sehingga 32GB, storan 256GB SSD PCIe, storan 1TB HDD dan bateri sebesar 3220 mAh (48Wh). Keran spesifikasinya yang tinggi, Helios 300 sedia menyokong peranti realiti maya seperti Oculus dan Vive.

Terdapat pilihan I/O  2 USB 2.0. 1 USB 3.0, 1 USB-C, satu pembaca kad SD, 1 HDMI dan satu port LAN RJ-45. Kesemua komponen ini dimuatkan di dalam peranti seberat 2.5 KG. Pilihan warna putih ini menurut Acer adalah bagi memberikan kelainan. Mereka juga menyedari semakin banyak peminat permainan video dari golongan wanita dan warna baharu ini mungkin akan menarik minat mereka.

Ia dijual pada harga RM6199 sebuah tetapi hanya 50 unit ditawarkan di Malaysia pada pertengahan bulan ini. Pembeli akan turut menerima beg galas Predator, fon kepala Predator, tetikus Predator dan pelapik tetikus berwarna putih dengan setiap pembelian.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2n8XAkO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.