Hi! Welcome Back and Stay Tune! MANA LAMPU JALAN, MANA AHLI PAS SG KANDIS? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MANA LAMPU JALAN, MANA AHLI PAS SG KANDIS?

SHAH ALAM: Tempoh berkempen yang masih berbaki beberapa jam masih belum menyakinkan pengundi DUN Sungai Kandis, kerusi yang dipertahankan PKR sejak 3 penggal lepas.
Pengundi merasakan kedua-dua calon, Datuk Lokman Noor Adam dari Umno dan Mohd Zawawi Muhgni dari PKR berpeluang memenangi kerusi Mat Shuhaimi Shafiei, yang meninggal dunia kerana kanser limfoma 2 Julai lepas
Al Hafisd Zainuddin.
Al Hafisd Zainuddin, 35, berkata Zawawi, calon parti memerintah, mempunyai kelebihan berbanding Lokman atas faktor anak tempatan Sungai Kandis dan anak jati Kampung Jalan Kebun.
“Kita kenal peribadi Zawawi – orang alim-alim di kawasan DUN Sungai Kandis ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah gerai masakan Melayu petang tadi.
“Peribadi ibu dan bapanya juga kita kenal. Dia bukan orang politik sepenuhnya. Sepanjang yang saya kenal dia, masanya banyak dihabiskan di masjid dan surau, bukannya kedai-kedai makan,” katanya.
Ketika Lokman menimbulkan isu kepentingan Melayu dan Islam dalam kempennya, pengetua sekolah tahfiz ini mendekati penduduk dengan isu kemudahan asas dan masyarakat.
Namun Hafisd melihat ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan penduduk menolak Zawawi.
“Pengundi bukan sahaja melihat PH dari aspek isu setempat. Melihat dari aspek pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan, mereka akan berfikir semula,” kata tukang bancuh air itu.
“Adakah Zawawi mampu untuk menyuarakan dan menentang kerajaan PH sekiranya manifesto yang dibawa PH sebelum memenangi pilihan raya umum lalu tidak berjaya ditunaikan? Itu yang membuatkan keadaan di sini 50-50,” katanya.
Mana lampu jalan?
Terletak kira-kira 14.4km dari bandaraya Shah Alam, Sungai Kandis ini dulunya dikenali sebagai Sri Andalas, dan diwakili Dr Xavier Jayakumar selama 2 penggal.
Sebahagian besar kawasannya perkampungan Melayu, taman perumahan moden dan kawasan perindustrian, masih banyak kawasan yang tidak mempunyai lampu jalan, dan ada beberapa simpang yang tidak ada lampu trafik.
Xavier kini menteri air, tanah dan sumber asli, menyerahkan kerusi itu kepada Shuhaimi untuk Parlimen Kuala Langat. Shuhaimi sebelum ini wakil rakyat Sri Muda.
“Jika pilih Zawawi, tidak dinafikan pentadbiran kerajaan kini lebih mudah, memandangkan kerajaan Selangor dan Persekutuan ditadbir ‘pasukan’ yang sama. Namun, apakah beliau mampu galas tanggungjawab itu?,” kata Ridhuan Mustafa, 34.
Ridhuan Mustafa.
Ridhuan berkata masalah perparitan masih tidak selesai, begitu juga keadaan jalan raya yang rosak teruk kerana lori-lori besar.
Beliau tertarik dengan hujah Lokman yang minta diangkat ke Dewan Negeri Selangor bagi mendesak PH menunaikan janji pilihan rayanya.
“Namun, saya kena fikir juga apakah kerana desakan Lokman itu sahaja mampu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan DUN Sungai Kandis ini, kerana majoriti di sini masyarakat berbangsa Melayu.”
Satu lagi perkara yang tidak terlepas dari pandangan Al Hafisd dan Ridhuan adalah tiada lagi 10 janji 100 hari Pakatan Harapan.
“Mana poster atau sebaran risalah manifesto PH? Zawawi sewaktu berkempen pun tidak mengetengahkannya, sedangkan sebelum PRU14, 10 janji 100 hari dijaja sana sini,” kata Al Hafisd.
Mana ahli PAS?
Bagi Suraya Mat Yahaya, 44, penyokong PAS ini melihat Lokman dan Zawawi sebagai orang berbeza daripada rumpun yang sama, iaitu PKR.
Berbual dengannya menyingkap bagaimana penyokong parti Islam melihat kedua-dua calon itu. Pimpinan PAS memutuskan kerjasama dengan PKR pada April 2017, tetapi akar umbinya mempunyai sejarah perseteruan yang dalam dan panjang dengan Umno.
“Tidak dinafikan PAS dan Umno kini sudah mempunyai persefahaman, namun ia hanyalah di peringkat pimpinan pusat,” katanya.
“Kita di peringkat akar umbi di sini masih tidak keluar untuk berkempen dengan ahli PAS supaya mengundi Lokman.”
Berdasarkan statistik PRU14 lalu, daripada 50,800 pengundi secara keseluruhan, 72% daripadanya adalah pengundi Melayu, Cina (12%), India (16%).
– FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ObrD6z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.